Showing posts with label Local News. Show all posts
Showing posts with label Local News. Show all posts
Monday, December 17, 2012
PDRM GUNA KAWASAKI NINJA 250R
TERBAIK DARI LADANG! Selepas ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah jentera terbaru mereka dengan Kawasaki Ninja 250R!
Menurut sumber daripada Buletin Utama, ianya akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak. Polis akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi ini untuk membuat rondaan dan membanteras jenayah.
Selain itu, pihak Polis juga akan melatih anggotanya agar dapat menunggang motosikal ini samada dalam keadaan aman dan ketika situasi bahaya.
Kita rakyat Malaysia berharap dengan adanya jentera baru ini, rondaan bermotosikal perlulah dilakukan dengan kerap memandangkan jenayah di Malaysia kini semakin membimbangkan kita.
P/S: JELES gua tengok Polis dapat macam-macam...Tahniah PDRM.
Labels:
Kawasaki,
Local News,
Motorsikal,
PDRM,
Superbikes
CCTV PANTAU KAMERA AES ATAU APA?
Selepas dikhabarkan dengan beberapa berita mengenai Kamera Perangkap Kelajuan AES yang menjadi tempat lepas geram orang ramai akibat dari lambakan saman yang terpaksa mereka bayar. Pihak tertentu telah membuat satu inisiatif baru untuk mengelak dari berlakunya kejadian berkenaan.
Berikut adalah petikan daripada akhbar SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2012,
SERDANG – “Saya langsung tidak tahu menahu mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE),” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.
Beliau berkata, bukan Kerajaan Negeri yang melakukan pemasangan terbabit dan mendakwa ia dilakukan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, tiada mana-mana pihak yang mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan mendakwa pihak yang memasang peralatan itu tiada hak berbuat demikian tanpa keizinan PBT.
“Saya tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara ini (pemasangan CCTV), memang tiada permohonan dibuat sebelum ini malah kebenaran untuk memasang AES juga belum diterima kami.
“Kerajaan Negeri bertegas, dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan 6 Disember lalu, sekiranya masih tiada kontraktor atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemukakan permohonan, kita akan buka AES itu,” katanya, semalam.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 11.30 pagi semalam mendapati, tiga pekerja melaksanakan kerja-kerja pemasangan CCTV kurang lima meter dari kamera AES.
Pemasangan peralatan itu dipercayai bagi mengesan tindak tanduk pihak tidak bertanggungjawab selepas AES yang dipasang di situ pernah menjadi sasaran perbuatan vandalisme sebelum ini.
Namun begitu saya pasti masih ramai rakyat dinegara ini tidak bersetuju dengan pemasangan kamera perangkap hadlaju ini walaupun tujuannya dipasang adalah untuk menangkap mereka yang melakukan kesalahan.
Ada juga yang terkena ditempat yang hadlaju ditetapkan adalah 60KM/H dan ini agak menghairankan. Mungkin disitu tempat yang kerap berlaku kemalangan agaknya KOT.....
Labels:
AES Camera,
CCTV,
JPJ,
Local News,
Malaysian Makes,
PDRM,
polis
Sunday, December 16, 2012
TV3 MOHON MAAF ISU PELESIT REMPIT
KECOH! Itu yang berlaku apabila seorang wartawan tanahair yang cukup dikenali telah melemparkan kata-kata yang menyinggung warga superbike. Digelar 'Pelesit Jalanan', saya beranggapan ianya tidak sesuai dilemparkan kepada para penunggang motosikal kerana tidak semuanya yang bersikap tidak elok dan membahayakan pengguna jalanraya yang lain.
Pada hari sabtu lalu, wartawan program televisyen Majalah 3 Mazidul Akmal Sidek telah membuat satu laporan mengenai kamera AES dalam satu slot pada rancangan tersebut. Malangnya rancangan terbabit kini mendapat kritikan 'panas' daripada orang ramai akibat daripada salah faham dalam rancangan tersebut.
Berikutan itu, laman sosial Facebook wartawan terbabit teruk dilemparkan dengan kata-kata tidak puas hati oleh warga superbike amnya. Pihak TV3 lantas telah memohon maaf diatas kejadian terbabit kerana tidak menyatakan video rakaman oleh wartawan tersebut yang dinyatakan dirakam secara 'kebetulan' itu adalah video yang dilakonkan oleh penunggang upahan.
Saya berharap selepas ini pihak televisyen diminta mengkaji dahulu dan perlu lebih telus sebelum menyiarkan laporan-laporan sebegini kerana dikhuatiri menyinggung mana-mana pihak. Rakaman yang dipaparkan dikaca televisyen perlulah jelas dan benar.
Friday, September 7, 2012
BETUL KE PENGGUNA TAK KISAH RON97 NAIK?
Kita sebagai rakyat di Malaysia sudah banyak kali merasai kenaikan harga minyak walaupun kita juga adalah negara pengeluar minyak sama seperti Brunei, Arab Saudi, Libya dan sebagainya. Saya terbaca berita mengenai kenaika harga RON97 sebanyak RM0.30sen dan ini merupakan satu kenaikan yang sangat sedikit jika kereta anda hanya menggunakan tangki penuh 1Liter sahaja. Ada ke kereta macamni? Paling tidak pun mesti 40 liter ke atas dan bayangkan berapa jumlah kenaikan yang perlu ditanggung pengguna.
Keratan akhbar berkenaan mengatakan kita sebagai pengguna tidak terbeban dengan kenaikan ini kerana kita menggunakan minyak RON95. Adakah anda menggunakan RON yang lebih rendah kerana anda sukakan prestasinya? Atau kerana anda tiada pilihan lain kerana harga RON97 terlalu tinggi. Saya masih terbayang ketika harga RON97 masih rendah, prestasi motosikal dan juga kereta saya sangat tidak mengecewakan. Dan kini, akibat terpaksa bertukar kepada RON95, prestasinya memang jauh tidak sama kerana kadar octane yang rendah berbanding RON97.
Banyak juga kes kemalangan yang melibatka kenderaan yang terbakar dan saya perasan kes ini berlaku ketika RON95 diperkenalkan. Ada pandangan yang saya dengar dari pengguna, ia disebabkan minyak RON95 yang mudah terbakar. Saya juga tidak pasti kerana tiada kajian dibuat. Apapun, tepuk dada tanyalah selera anda. Jangan lupa tengok poket juga. Selamat memandu.

KETAHANAN KERETA ZAMAN SEKARANG
Apa nak jadi dengan kenderaan pada zaman ini. Harganya boleh dikatakan berkali ganda mahalnya daripada kenderaan dahulu tetapi bagaimana pula dengan ketahanan sesebuah kenderaan tersebut? Ramai dikalangan kita mengutuk kereta keluaran dalam negara kita Malaysia ibarat 'tin milo' tetapi apa yang anda dapat lihat dalam gambar diatas menceritakan segalanya. Anda yang tentukan.
P/S: Dan ingatlah, walau sebesar mana pun kereta kita, semewah mana pun, keranda jugalah menjadi kenderaan terakhir kita nanti.
P/S: Dan ingatlah, walau sebesar mana pun kereta kita, semewah mana pun, keranda jugalah menjadi kenderaan terakhir kita nanti.
Thursday, August 30, 2012
PENJAGAAN BUNGA TAYAR
ENJIN yang baik tidak memberi sebarang makna jika penjagaan tayar diabaikan pemiliknya dan kerosakan kom ponen terbabit turut menyebabkan perjalanan terbantut.
Ramai yang tidak mengetahui tayar adalah sebahagian daripada sistem keselamatan kenderaan.
Tayar adalah satu komponen yang menghubungkan ken deraan dengan permukaan jalan dan setiap pergerakan atau kemalangan sentiasa dikaitkan dengan kegagalan fungsi tayar.
“read more” Ini kerana, tayar yang haus bunganya akan menghasilkan cengkaman lemah di jalan raya dan akhirnya daya membrek kurang berkesan sehingga mengundang kemalangan.
Oleh itu, jika kenderaan dilengkapi dengan empat brek cakera sekalipun, ia tidak akan memberi sebarang makna sekiranya tayar yang digunakan tidak diambil perhatian.
Perlu diingatkan, pemasangan sistem brek yang canggih pada sesebuah kereta perlu seiring dengan penggunaan tayar sesuai dengannya.
Ada dua jenis tayar iaitu tayar asli yang digunakan ken deraan penumpang manakala tayar celup pula lazimnya dikhaskan kepada lori atau kenderaan komersial.
Namun, penjagaan kedua-dua jenis tayar itu sama termasuk beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.
Perkara paling utama adalah memastikan kandungan angin tayar mencukupi dengan menggunakan alat pengukur angin yang boleh didapati di kedai aksesori.
Tayar kurang angin menyebabkan penggunaan petrol tinggi kerana enjin kereta terpaksa bekerja lebih keras kerana berat kenderaan bertambah.
Seeloknya, paras angin tayar diperiksa pada waktu pagi iaitu sebelum memulakan perjalanan kerana udara dalam tayar masih sejuk dan paras anginnya minimum.
Paras angin tayar juga berbeza dari segi saiz dan berat bagi sesetengah kereta buatan Jepun dan Eropah.
Kereta buatan Jepun lebih ringan dan memerlukan paras angin tayar yang rendah berbanding kereta buatan Eropah.
Bagi kenderaan mewah, biasanya pengeluar akan me nawarkan tayar jenis lembut tetapi harganya sangat mahal, setanding kualitinya.
Ini menjadikan kebanyakan pengguna memilih tayar buatan tempatan yang lebih murah dengan kualiti yang boleh dianggap sederhana.
Selain itu, pemasangan rim tidak mengikut saiz yang dicadangkan oleh kilang pengeluar kereta juga memberi kesan sampingan pada kenderaan dan tayar.
Antaranya, masalah bunga tayar kereta hanya digunakan sebelah atau stereng tidak seimbang apabila memandu pada kelajuan sekata.
Masalah bunga tayar makan sebelah berpunca daripada kedudukan penjajaran tidak seimbang, sekali gus menye babkan stereng seakan berat sebelah.
Ia boleh membahayakan keselamatan pemandu kerana penjajaran tidak betul menyebabkan kesukaran mengawal stereng terutama ketika dipandu laju.
Pengimbangan tayar pula perlu dilakukan setiap kali me nukar tayar baru atau apabila terasa gegaran pada stereng apabila memecut pada kelajuan tertentu.
Pemilik perlu pastikan ketulan timah pengimbang pada rim roda tidak tercabut sehingga boleh menyebabkan stereng bergegar.
Untuk penjagaan keempat-empat tayar dengan baik, buat pertukaran secara silang setiap 20,000 kilometer bagi me mastikan kehausan bunga tayar berlaku secara sekata.

Saturday, July 21, 2012
SISTEM 'SPEEDTRAP' BERKEUPAYAAN TINGGI
Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Suatu sistem kamera perangkap kelajuan berkeupayaan tinggi akan dipasang di sekitar lebuhraya di Malaysia. Ianya dijangka akan dipasang sekitar bulan Ogos 2012. Ianya dijangka dapat mengurangkan statistik kemalangan maut yang mana menunjukkan Malaysia adalah diantara Negara yang mempunyai jumlah kemalangan maut tertinggi setakat ini.
Automated Enforcement System (AES) - Semua kamera yang mempunyai resolusi 11MP ini dipercayai akan dapat merakam imej pegun dan rakaman video kenderaan yang melakukan kesalahan berkaitan kelajuan, dan disambungkan melalui pautan jalur lebar kepada ibu pejabat sistem masing-masing. Setelah dirakam, bukti fotografi kemudiannya disampaikan kepada JPJ, yang akan mengesahkan, dan denda akan dikeluarkan kepada pesalah trafik. Pihak SIRIM pula akan sentiasa memantau kebolehan kamera ini pada setiap 8 bulan.
Apa yang pasti, kamera ini mampu merakam kelajuan kenderaan sehingga lorong keempat dengan purata kelajuan 250 KM/H hingga 300 KM/H.

Thursday, December 29, 2011
VIDEO - GAMBARAN PENUH PROTON TUAH
Sebelum ini kita hanya melihat wajah kereta ini yang ditutupi dengan pelekat tetapi kali ini kami dari ProtonCLUB akan menunjukkan wajah sebenar bagaimana rupabentuk Proton Tuah ini. Dibawah ini kami sediakan sedikit paparan video untuk anda tonton dan kami akan terus mencari bahan-bahan lain mengenai model terbaru ini untuk tatapan anda di blog ini.SPYSHOT - PROTON TUAH P3-21A
Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupabentuk kereta keluaran PROTON yang akan datang dan terbaru. Dan mungkin ramai juga yang telah tahu namanya yang dikenali sebagai Proton Tuah atau P3-21A yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.Khabarnya model ini mungkin akan dipasarkan pada tahun 2012. Apa yang pasti, model ini dijangka dapat memenuhi kehendak pengguna dan mampu bersaing dengan model import.

Melihat dari bahagian dalaman pula, ciri yang diterapkan dalam model TUAH kali ini nampak begitu hebat dan lain dari model PROTON sebelum ini. Mungkin ini adalah evolusi terbaru yang mahu ditunjukkan PROTON bagi menyaingi model-model import yang berada di pasaran.
Namun yang pasti, kita semua pasti ingin tahu berapakah nilainya dan adakah nilainya sepadan dengan rekaan dan ketahanannya. Diharap pihak Proton mampu memberikan harga mampu milik kepada rakyat Malaysia kerana kenderaan ini adalah buatan Malaysia. Dengan ini ia pasti mampu menyaingi model import yang lain.
Labels:
2012,
Cars,
Local News,
Malaysian Makes,
New Model,
Proton
Wednesday, December 21, 2011
MY PROTON MAKEOVER - PROTON WIRA SEDAN
Tahniah diucapkan kepada pemilik kereta Proton Wira sedan, Encik Sashideran Radha Krishnan kerana telah berjaya menjadi pemenang Proton Makeover baru-baru ini.
Kereta beliau sudahpun berusia 17 tahun, namun selepas beberapa pengubahsuaian dibuat ianya nampak seperti baru keluar dari kilang.Dibawah ini kami sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.

Jika anda berminat untuk menyertai peraduan ini, anda boleh layari ProtonVIP.com dan segala terma dan syarat ada disertakan didalam laman tersebut.
Thursday, December 15, 2011
INFO: PROTON EXORA BOLD PREMIUM & PRIME
Setelah kian lama dunia internet dihujani dengan pelbagai gambar-gambar dan serba sedikit info mengenai Proton Exora terbaru dengan CFE (Penggunaan bahan api yang lebih cekap). Ia datang dalam dua jenis iaitu Exora Bold Premium dan Exora
Proton Exora baru ini menggunakan enjin CFE dengan kuasa 138 hp pada 5000 rpm dan 205 Nm tork dari 2,000 hingga 4,000 rpm untuk 1.6 liter. Dipadankan dengan kotak gear CVT, kelajuan tertinggi bagi kereta ini adalah pada 185 km / h dan 0-100 km / h dilakukan di 13.3 saat.
Penggunaan bahan api pula adalah pada sekitar 7.8 liter per 100 km sahaja, ianya memang sangat-sangat menjimatkan bagi sebuah MPV yang bersaiz sama besar dengannya.
Lejang enjin pula telah dipendekkan daripada 88 mm hingga 86 mm, menghasilkan sesaran yang lebih kecil iaitu sebanyak 1561 cc vs cc Campro CPS '1597.

"Didorong dengan enjin 1.6L yang lebih cekap, pengguna Proton Exora Boold ini pasti akan mengalami prestasi yang lebih hebat dan berkuasa dan ianya mampu menandingi enjin 2.0L, dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah. Kuasa tambahan juga memberikan kuasa yang lebih tinggi terutama apabila hendak memotong." kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin.

Selain itu, kedua-dua jenis Proton Exora yang menggunakan CFE + CVT, ia juga ditawarkan dalam bentuk perapi Eksekutif Bold (1.6L Campro CPS dengan manual atau auto penukar tork) dan perapi bukan Bold Standard, yang hanya didapati dalam bentuk manual.
Spec-bijak, CVT Premium Bold didatangkan dengan tempat duduk kulit, stereng dibalut kulit, lampu kabus depan, spoiler belakang, cermin sayap boleh lipat dengan kawalan elektrik, kawalan pelayaran dan kamera belakang dengan cermin pandangan belakang LCD. Kedua-duanya adalah sama dengan sistem yang dapat dilihat pada kereta Kia Forte 6-Kelajuan.

Akhir sekali kita akan bercerita mengenai harga. Proton secara rasmi telah mengeluarkan senarai harga OTR, di mana MT 1.6 Standard boleh didapati pada harga RM59, 998, MT Bold 1.6 Eksekutif pula pada harga RM70, 998, Bold 1.6 Eksekutif dengan harga RM74, 998 dan Bold 1.6 Premium CVT dengan harga RM79, 998. Manakala Exora Prime pula dijual pada harga RM88, 998 se-unit.Monday, December 12, 2011
PANAS! GAMBAR PROTON EXORA PRIME / BOLD
Berita menarik dan hangat buat peminat MPV tanahair! Proton akan melancarkan sebuah lagi MPV iaitu Proton Exora Prime yang bakal dirasmikan pada awal Januari tahun depan.
Kisah kali ini adalah berdasarkan rakaman 'spyshot' Proton Exora Turbo yang dikeluarkan dari posting sebelum ini.

MPV ini adalah satu lagi keluaran Proton yang dijangka mampu menguasai pasaran tempatan. Model ini didatangkan dengan enjin pengecas turbo 1.6L (138Hp/205Nm @ 2000RPM - 4000RPM). Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan sistem brek cakera pada bahagian hadapan.Bahagian dalam pula disolek dengan dashboard kayu agar ia nampak eksklusif dan bergaya. Apapun kita nantikan kemunculannya pada awal tahun hadapan!
NOMBOR PENDAFTARAN NAJ 113 (NAJIB)
Terkejut juga saya melihat nombor pendaftaran ini. Agaknya berapakah harganya? Dan gerangan siapakah pemilik nombor ini agaknya? Nombor pendaftaran NAJ 113 jika dirapatkan nombornya akan menjadi 'NAJIB', sama dengan nama Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Apapun si empunya nombor ini pastinya bukan calang-calang orangnya...
Sunday, December 11, 2011
LAKARAN GRAFIK PROTON RS, SEJAUH MANA KEBENARANNYA?
Satu lagi ilustrasi yang agak menarik juga bagi kami kerana ianya mungkin satu model akan datang yang hendak dikeluarkan oleh pihak PROTON.
Siapa tahu kereta ini juga mampu menarik minat golongan muda untuk memilikinya. Walaubagaimanapun, gambar di atas hanyalah ilustrasi grafik yang dibuat dan diubahsuai berdasarkan gambar asal Proton Saga FLX baru. \
Diberi nama sebagai Proton Saga RS, model ini diubahsuai pada bahagian belakangnya hampir 90% sebagaimana kita dapat lihat pada gambar diatas. Dengan sistem ekzoz berkembar dan lampu yang kelihatan memanjang kebawah sedikit.
Manakala pada bahagaian hadapan pula hanya sedikit perubahan pada skirting bawah sahaja.

Saturday, December 10, 2011
PROTON TAWAR PEMASANGAN TALI PINGGANG PERCUMA
Proton Holdings Bhd menawarkan pemasangan percuma tali pinggang belakang bagi model Saga LMST dan Gen.2 yang dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2008 yang mana proses pemasangan hanya mengambil masa 30 minit bagi sebuah kenderaan.
Proton dalam satu kenyataan Jumaat berkata syarikat itu menyediakan Mobile Team sebagai sebahagian daripada Kempen Tali Pinggang Belakang bagi membantu pemilik kereta mematuhi arahan kerajaan berkaitan alat keselamatan bermula tahun depan.
Bersempena dengan kempen selama sebulan itu, Mobile Team akan dihantar ke kedai kereta terpakai di Lembah Klang dan kemudiannya tentera dan balai polis di seluruh negara, pejabat kerajaan dan universiti awam lewat bulan ini.
Setakat ini, unit Mobile team itu yang terdiri daripada lapan pasukan dengan empat anggota, telah memasang tali pinggang belakang di lebih 700 kereta sejak dilancarkan pada 5 Dis.
"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami," kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Beliau berkata penyelidikan global menunjukkan penggunaan tali pinggang belakang mengurangkan risiko kecederaan kepala sebanyak 47 peratus dan abdomen 52 peratus sekiranya berlaku pelanggaran bahagian hadapan.
Sumber dari BERNAMA

Friday, December 9, 2011
PROTON EXORA TURBO CFE
Kami seakan tidak percaya apabila melihat sebuah lagi jentera Proton yang telah dinaiktaraf lagi dengan menggunakan enjin yang lebih bagus dan mantap. Siapa tidak kenal Proton Exora, sebuah MPV Proton yang mendapat sambutan menggalakkan kerana harganya yang berbaloi dan keluasannya yang mampu mengisi lebih muatan!
Kini Proton tampil dengan sebuah lagi Proton Exora yang disuntik dengan enjin CamPro (Pengecas Turbo) serta menggunakan CFE seperti yang anda dapat lihat pada pelekat di bahagian tepi kereta ini. Apakah itu CFE? Kami masih belum lagi mendapatkan maklumat detail mengenainya.
Dengan enjin 1.6L yang dilengkapkan dengan pengecas Turbo, kereta ini mampu menghasilkan 138 hp dan 205 Nm tork antara 2,000 hingga 4,000 rpm. Wow! Hebat sekali kuasa yang boleh dihasilkan. MPV ini juga didatangkan dalam transmisi CVT dan juga manual.

Thursday, December 1, 2011
PROTON SAGA FLX SE DI SHOWROOM PROTON
Adakah anda sudah pandu uji kereta Proton Saga FLX SE di bilik showroom Proton? Jika belum, anda bolehlah cuba memandu uji kereta ini kerana anda pasti akan merasai kelainannya nanti berbanding Proton Saga yang ada sekarang!
Ianya datang dengan harga RM 49,449 dan ianya menggunakan enjin CamPro dengan IAFM 1.6L. Ia juga dilengkapi dengan sistem terbaru iaitu Continuous Variable Transmission (CVT) dimana ianya dikhususkan untuk kereta yang bertransmisi automatik sahaja. Dengan teknologi ini, penggunaan bahan api akan lebih baik lagi.

Tuesday, November 29, 2011
FERRARI NAIK GENTING LAYAN LAP!
Tadi tengah sibuk mencari tempat peranginan, tiba-tiba terjumpa satu video beberapa buah kereta mewah jenama Ferrari tengah khusyuk layan lap di Genting Highlands, Malaysia. Mari kita saksikan video dibawah :)
Sunday, November 27, 2011
PERODUA KELISA KERETA KOMPAK JIMAT PETROL
Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007 setelah digantikan dengan model Perodua Viva.Semasa zamannya, Perodua Kelisa mendapat perhatian yang baik dari peminat-peminat kereta kecil dan kompak. Antara sebab utama Perodua Kelisa menjadi pilihan ialah saiz bentuknya yang kompak dan pengendalian yang mudah. Model ini dilengkapi kotak gear manual dan automatik. Perodua Kelisa amat mudah dikendalikan, terutamanya ketika pemanduan di bandar. Saiznya yang kecil memudahkan pemandu untuk keluar dan masuk dari petak meletak kereta. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Majalah-majalah permotoran tempatan juga membuat review yang bagus berkenaan Perodua Kelisa dari aspek penggunaan petrol.
Memandangkan Perodua Kelisa merupakan sebuah kereta kecil yang kompak, tidak timbul isu tentang ruang penumpang yang sempit atau ruang bagasi yang kecil. Namun jika dibandingkan dengan Perodua Kancil, Perodua Kelisa jauh lebih selesa untuk 5 orang penumpang. Spesifikasi yang terdapat dalam Perodua Kelisa juga lebih lengkap kerana harganya yang lebih mahal. Perodua Kelisa lebih terkenal di kalangan pemandu wanita yang menginginkan sebuah kereta kecil yang mudah digunakan, tambahan pula rupa bentuk Perodua Kelisa agak feminin. Perodua Kelisa merupakan pilihan yang popular selain Kancil untuk dijadikan kenderaan kedua. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil. Bagi yang berminat untuk memiliki sebuah Perodua Kelisa, terdapat banyak pilihan di pasaran terpakai. Harga Perodua Kelisa terpakai bergantung kepada tahun ianya dikeluarkan dan spesifikasi pada setiap model.

Harga pasaran Perodua Kelisa terpakai keluaran 2001-2007 ketika ini ialah dalam anggaran RM15,000.00 sehingga RM30,000.00. Walaupun harganya agak mahal berbanding kereta terpakai lain, kos penyelenggaraan yang rendah dan penjimatan petrol menjadi kelebihan utamanya. Spesifikasi yang terdapat pada Perodua Kelisa seperti stereng kuasa, enjin yang bertenaga dan pengendalian mudah seringkali menjadi pilihan pembeli berbanding model Kancil. Sungguhpun Perodua Viva hadir dengan teknologi yang lebih moden dan ruang penumpang yang lebih luas, Perodua Kelisa masih merupakan sebuah kereta terpakai yang sesuai dijadikan kereta kedua.
Labels:
Cars,
Local News,
Perodua,
Perodua Kelisa,
Petrol,
Tips,
Used Cars
Saturday, November 26, 2011
PROTON SAGA FLX SE 1.6L DENGAN CVT AKAN DILANCARKAN!
Para peminat dan pemilik Proton Saga di Malaysia hari ini digemparkan dengan satu lagi model yang telahpun 'kantoi' dahulu sebelum promosi atau pengenalan dijalankan pihak Proton. Ianya adalah Proton Saga FLX Special Edition!!!
Persamaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:
- Dual SRS Airbags
- Tali pinggang keledar dengan pre-tensioners
- Anti Lock Braking System (ABS)
- Electronic brakeforce distribution 9EBD)
- Mempunyai CD dengan pemain MP3 dan USB dan AUX
- Kawalan audio pada streng kereta
Perbezaan FLX 1.6L biasa dan FLX 1.6L SE:
- Kapasiti enjin yang lebih besar menggunakan enjinCampro IAFM 1.6L yang mampu untuk menghasilkan 108hp pada 5,750 rpm dan tork maksimum, 150Nm pada 4000rpm dengan sistem transmisi boleh laras berterusan (CVT). Pastinya kalau anda pandu model ini anda boleh rasai sendiri kelancarannya
- Tempat duduk kulit
- Stereng dibalut kulit
- Bodykit penuh
- Lampu kabus depan dan dibelakangnya pula lampu rear combi jenis LED
- Rim aloi telah telah ditukar kepada aloi rim 15 inci supaya nampak lebih sport
Berkemungkinan besar model ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2011! Sama-sama kita nantikan ~
Subscribe to:
Posts (Atom)