Apa nak jadi dengan kenderaan pada zaman ini. Harganya boleh dikatakan berkali ganda mahalnya daripada kenderaan dahulu tetapi bagaimana pula dengan ketahanan sesebuah kenderaan tersebut? Ramai dikalangan kita mengutuk kereta keluaran dalam negara kita Malaysia ibarat 'tin milo' tetapi apa yang anda dapat lihat dalam gambar diatas menceritakan segalanya. Anda yang tentukan.
P/S: Dan ingatlah, walau sebesar mana pun kereta kita, semewah mana pun, keranda jugalah menjadi kenderaan terakhir kita nanti.
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts
Friday, September 7, 2012
Wednesday, June 13, 2012
PERBEZAAN JENAMA PETROL DI MALAYSIA
Semua isian petrol di atas adalah sebanyak RM1 untuk satu isian ke dalam botol 100plus kecil. Dan dari apa yang anda dapat lihat, berikut adalah semua minyak petrol dari setiap stesen minyak di Malaysia. Anda lihat dan anda tentukan.
Monday, December 12, 2011
PANAS! GAMBAR PROTON EXORA PRIME / BOLD
Berita menarik dan hangat buat peminat MPV tanahair! Proton akan melancarkan sebuah lagi MPV iaitu Proton Exora Prime yang bakal dirasmikan pada awal Januari tahun depan.
Kisah kali ini adalah berdasarkan rakaman 'spyshot' Proton Exora Turbo yang dikeluarkan dari posting sebelum ini.


MPV ini adalah satu lagi keluaran Proton yang dijangka mampu menguasai pasaran tempatan. Model ini didatangkan dengan enjin pengecas turbo 1.6L (138Hp/205Nm @ 2000RPM - 4000RPM). Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan sistem brek cakera pada bahagian hadapan.Bahagian dalam pula disolek dengan dashboard kayu agar ia nampak eksklusif dan bergaya. Apapun kita nantikan kemunculannya pada awal tahun hadapan!
Friday, December 9, 2011
PROTON EXORA TURBO CFE
Kami seakan tidak percaya apabila melihat sebuah lagi jentera Proton yang telah dinaiktaraf lagi dengan menggunakan enjin yang lebih bagus dan mantap. Siapa tidak kenal Proton Exora, sebuah MPV Proton yang mendapat sambutan menggalakkan kerana harganya yang berbaloi dan keluasannya yang mampu mengisi lebih muatan!
Kini Proton tampil dengan sebuah lagi Proton Exora yang disuntik dengan enjin CamPro (Pengecas Turbo) serta menggunakan CFE seperti yang anda dapat lihat pada pelekat di bahagian tepi kereta ini. Apakah itu CFE? Kami masih belum lagi mendapatkan maklumat detail mengenainya.
Dengan enjin 1.6L yang dilengkapkan dengan pengecas Turbo, kereta ini mampu menghasilkan 138 hp dan 205 Nm tork antara 2,000 hingga 4,000 rpm. Wow! Hebat sekali kuasa yang boleh dihasilkan. MPV ini juga didatangkan dalam transmisi CVT dan juga manual.
Kini Proton tampil dengan sebuah lagi Proton Exora yang disuntik dengan enjin CamPro (Pengecas Turbo) serta menggunakan CFE seperti yang anda dapat lihat pada pelekat di bahagian tepi kereta ini. Apakah itu CFE? Kami masih belum lagi mendapatkan maklumat detail mengenainya.
Dengan enjin 1.6L yang dilengkapkan dengan pengecas Turbo, kereta ini mampu menghasilkan 138 hp dan 205 Nm tork antara 2,000 hingga 4,000 rpm. Wow! Hebat sekali kuasa yang boleh dihasilkan. MPV ini juga didatangkan dalam transmisi CVT dan juga manual.
Tuesday, October 4, 2011
AUDI A6 3.0L DIPASARAN MALAYSIA RM 515K
Bagi mereka yang berkemampuan untuk memiliki kereta mewah umpama sebuah istana bergerak ini, anda boleh dapatkan pada harga RM 515,000 sahaja! Lebih setengah juta harganya~!
Mengapa harganya demikian rupa? Pasti ada keistimewaan yang membuatkan harganya begitu tinggi nilainya. Saya sendiri tidak mampu untuk memilikinya. Jika anda berminat untuk dapatkan, bolehlah berkunjung ke bilik pameran Audi berdekatan.Thursday, September 15, 2011
PROTON SAGA LAMA MODIFIED KE R3
Mungkin sudah rezeki anak-anak kata orang, siapa sangka dari sebuah kereta yang nampak lusuh dan lama kini ibarat mendapat sentuhan sang emas apabila keretanya terus berubah bentuk dari rekaan lama kepada rekaan yang lebih moden sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Begitulah tuah seorang pekerja kilang, Fadhly Hisham Roplay, 33 tahun merupakan pemenang pertama pertandingan 'Very Important Proton' (VIP) yang dianjurkan pihak Proton.(Lagi gambar anda boleh layari Facebook ProtonCLUB)
Friday, August 26, 2011
PERODUA MYVI SE 2011 (YELLOW)
Baru sahaja tidak berapa lama Perodua Myvi 2011 dikeluarkan dengan rekabentuk baru, kini berita hangat mengenai kereta Perodua Myvi Special Edition (SE) berwarna kuning berjaya dirakam lensa kamera salah seorang pengguna jalanraya di Malaysia ini.
Apa yang dapat kami lihat dari gambar diatas adalah bahagian bumper hadapan, tepi dan belakang telah ditutup akan tetapi kita masih dapat melihat bagaimanakah bentuk kereta ini sebenarnya. Cuma yang menjadi tanda tanya buat kami, apakah kelebihan Perodua Myvi kuning ini? Adakah ianya mengekalkan ciri-ciri enjin 1.3L ataupun menggunakan enjin 1.5L? Sama-sama kita nantikan berita seterusnya dan kami akan kupaskan.Wednesday, August 24, 2011
KAWASAN SPEED TRAP RAYA 2011
KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
Jaga-jaga
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang
Akhir kata dari saya, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DAN INGATLAH ORANG TERSAYANG. KELAJUAN ITU MEMBUNUH! SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami ProtonCLUB.
Labels:
2011,
Kereta,
Local News,
PDRM,
polis,
saman,
Speed trap
Thursday, August 11, 2011
SUZUKI SWIFT SPORT EDITION
SWIFT adalah satu lagi keluaran dari Suzuki, satu jenama yang tidak asing lagi di Japan begitu juga di Malaysia. Ramai yang menggunakan kereta jenis Suzuki Swift ini. Kini Suzuki telah keluarkan kereta yang sama akan tetapi telah diubahsuai sedikit agar nampak lebih sporty!
Dengan enjin M16A 1.6 liter yang digunakan untuk menggerakkan jentera ini, High-revvingtwin-cam unit beraspirasi semulajadi dan menjadikan 136 PS dan 160 Nm tork, meningkat daripada 125 kuda dan 148 Nm. Ianya lebih stabil berbanding Suzuki Swift keluaran lama. Kerusi penumpan juga nampak lebih sporty dan menarik dengan color yang begitu menaikkan semangat sesiapa yang ingin memandunya.Tuesday, August 2, 2011
HONDA CR-Z MUGEN RR EDISI KHAS!
Kepada para penggila kereta, terutama peminat HONDA. Anda pasti teruja jika melihat kereta diatas bukan? Tapi sayang sekali, kereta ini bukanlah untuk dijual dipasaran dalam negara mahupun diluar negara.Friday, July 29, 2011
PANDU UJI PROTON SAGA FLX 1.3L
Apa yang kita dapat lihat sekarang, banyak kereta-kereta luar negara dan import menggunakan teknologi CVT terutama kereta-kereta mewah khususnya. Untuk itu, PROTON mengambil inisiatif untuk menambahbaik model Proton Saga FL ini dengan menambah ciri-ciri CVT yang dipasang pada model ini serta dinamakan Proton Saga FLX. Didatangkan dengan enjin berkemampuan 1.3 liter sudah cukup memberikan kepuasan kepada penggunanya nanti.
Gear 6 kelajuan pada FLX ini akan melangkah ke Mod Auto yang dipanggil SAT yang melibatkan suis pada sebelah gear tersebut. Ia juga dipanggil sebagai Mod L. Seperti yang kita semua tahu, Mod L ini adalah mod dimana kereta berada dalam keadaan gear yang rendah dan ini menyebabkan kereta lebih 'pick up' dan ia sesuai digunakan semasa kereta hendak menaiki bukit ataupun boleh digunakan semasa menurun bukit yang curam.
Selain itu, dengan penggunaan kotakj CVT ini ia juga mampu menjimatkan penggunaan petrol dan ia mampu memanjangkan jumlah hayat enjin kereta anda.
Antara perbezaan lain yang kami dapati adalah untuk RPM kereta FLX ini, pada RPM 2,000 ia mampu mencapai kelajuan pada 80 km/h manakala pada RPM 2,500 pula ia mampu pergi kepada 100 km/h dan ini berbeza dengan Proton Saga FL Auto. Untuk FL Auto ianya lebih 500 RPM berbanding FLX. Pada kelajuan 80 km/h, RPM untuk FL Auto ini menunjukkan sekitar RPM 2,400 ke 2,500 manakala pada kelajuan 100 km/h pula pada RPM 3,000.Thursday, July 21, 2011
GAMBAR PROTON SAGA FLX DENGAN CVT
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah perbezaan Proton Saga FLX (CVT) dengan Proton Saga FL yang ada dipasaran sekarang. Jom kita lihat apakah itu CVT?
Ini bukanlah berita baru cuma secara rasminya hari ini Proton Holdings Berhad (PROTON) telah mengesahkan penggunaan transmisi pemboleh ubah berterusan CVT (Continuous Variable Transmission) untuk barisan model kereta keluaran mereka pada masa akan datang.Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilaporkan mengeluarkan kenyataan sedemikian, seperti mana dipetik oleh sumber dari BERNAMA.
Penggunaan sistem transmisi CVT akan ditawarkan sebagai pilihan, bermakna model kereta dengan transmisi automatik sedia ada empat kelajuan akan terus diperkenalkan.
Sistem transmisi CVT pada enjin CamPro dikatakan akan memberikan kesan dari segi penggunaan bahan api lebih cekap sehingga 4% bagi penggunaan di dalam bandar dan 10% di lebuh raya, selain menjadikan corak pemanduan lebih lancar.
Setakat ini Datuk Syed Zainal masih belum mengumumkan tarikh bila kereta pertama dengan transmisi CVT akan mula dijual, selain tidak mendedahkan secara terperinci model kereta yang mana.
Berdasarkan maklumat sebelum ini, antara model yang disahkan bakal menggunakan teknologi kotak gear CVT ialah Saga FL, Persona dan MPV Exora, termasuk model terbaru Persona R yang dijangka dilancarkan pada suku kedua 2012.




Labels:
Cars,
CVT,
Kereta,
Local News,
Proton,
Proton Saga FLX
Tuesday, July 19, 2011
MODEL EXORA TURBO DENGAN KOTAK CVT
Mungkin ramai yang tertanya-tanya bilakah Proton Exora Turbo akan dipasarkan di Malaysia. Kemungkinan pada tahun 2012 anda akan dapat melihat Proton Exora Turbo dilengkapi CVT pada enjinnya. Di atas adalah jenis prototaip Exora dengan CVT Turbo didalamnya. Sila tekan read more untuk melihat Proton Exora yang dipasarkan dipasaran UK.
Labels:
Cars,
Kereta,
Malaysian Makes,
MPV,
Proton,
Proton Exora
Monday, July 11, 2011
PERODUA MYVI JET DAN PERODUA MYVI SPORT SILVER SE
Thursday, July 7, 2011
PROTON ESPIRE - PERSONA R
Jom kita tengok bagaimanakah rekabentuk kereta Proton Persona R. Buat masa ini kita lihat dahulu ilustrasi grafik model Persona R ini. Secara peribadi saya amat suka dengan rekabentuk dibahagian hadapan kerana ianya nampak begitu menyerlah dan rekaannya nampak lebih ke hadapan.
Tetapi untuk bahagian belakang pula mereka telah membuat satu gabungan untuk lampu belakang. Laluan itu mengikut bonet kereta tersebut. Selain itu, kita dapat lihat kereta ini menggunakan sistem ekzos berkembar yang mana corongnya berbentuk seperti segiempat bujur. Bagi spesifikasi enjin pula, berkemungkinan ianya akan dipadankan dengan enjin 1.8 liter bagaimanapun ianya masih samar-samar lagi.
Labels:
Cars,
Kereta,
Local News,
Malaysian Makes,
Persona R,
Proton
Subscribe to:
Posts (Atom)









