Showing posts with label Perodua. Show all posts
Showing posts with label Perodua. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

PERODUA KELISA KERETA KOMPAK JIMAT PETROL

Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007 setelah digantikan dengan model Perodua Viva.

Semasa zamannya, Perodua Kelisa mendapat perhatian yang baik dari peminat-peminat kereta kecil dan kompak. Antara sebab utama Perodua Kelisa menjadi pilihan ialah saiz bentuknya yang kompak dan pengendalian yang mudah. Model ini dilengkapi kotak gear manual dan automatik. Perodua Kelisa amat mudah dikendalikan, terutamanya ketika pemanduan di bandar. Saiznya yang kecil memudahkan pemandu untuk keluar dan masuk dari petak meletak kereta. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Majalah-majalah permotoran tempatan juga membuat review yang bagus berkenaan Perodua Kelisa dari aspek penggunaan petrol.

Memandangkan Perodua Kelisa merupakan sebuah kereta kecil yang kompak, tidak timbul isu tentang ruang penumpang yang sempit atau ruang bagasi yang kecil. Namun jika dibandingkan dengan Perodua Kancil, Perodua Kelisa jauh lebih selesa untuk 5 orang penumpang. Spesifikasi yang terdapat dalam Perodua Kelisa juga lebih lengkap kerana harganya yang lebih mahal. Perodua Kelisa lebih terkenal di kalangan pemandu wanita yang menginginkan sebuah kereta kecil yang mudah digunakan, tambahan pula rupa bentuk Perodua Kelisa agak feminin. Perodua Kelisa merupakan pilihan yang popular selain Kancil untuk dijadikan kenderaan kedua. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil. Bagi yang berminat untuk memiliki sebuah Perodua Kelisa, terdapat banyak pilihan di pasaran terpakai. Harga Perodua Kelisa terpakai bergantung kepada tahun ianya dikeluarkan dan spesifikasi pada setiap model.


Harga pasaran Perodua Kelisa terpakai keluaran 2001-2007 ketika ini ialah dalam anggaran RM15,000.00 sehingga RM30,000.00. Walaupun harganya agak mahal berbanding kereta terpakai lain, kos penyelenggaraan yang rendah dan penjimatan petrol menjadi kelebihan utamanya. Spesifikasi yang terdapat pada Perodua Kelisa seperti stereng kuasa, enjin yang bertenaga dan pengendalian mudah seringkali menjadi pilihan pembeli berbanding model Kancil. Sungguhpun Perodua Viva hadir dengan teknologi yang lebih moden dan ruang penumpang yang lebih luas, Perodua Kelisa masih merupakan sebuah kereta terpakai yang sesuai dijadikan kereta kedua.

Thursday, September 15, 2011

PERODUA MYVI SE 1.5 DAN EXTREME DILANCARKAN!

Peminat-peminat dan pemilik Perodua yang inginkan kelainan pasti tidak sabar untuk memandu model Perodua terbaru ini iaitu Perodua Myvi 1.5 dan juga Perodua Myvi Extreme. Dengan kekuatan enjin 1.5 liter DVVT, pastinya ia lebih hebat berbanding Myvi sebelum ini.

Dibawah ini adalah beberapa keping gambar yang dirakamkan pada hari pelancaran model ini.

Model ini boleh didapati pada harga sekitar RM 50,900 hingga RM 61,700 bergantung kepada model yang dipilih kerana ianya datang dalam dua versi iaitu Auto Transmision dan juga Manual Transmision.






Jadi adakah anda terpegun melihat model ini? Sudahkah anda membuat tempahan? Jika belum, anda bolehlah berkunjung ke pusat pameran Perodua yang terdekat dan tempahan boleh dibuat disana. Apa yang pasti, model ini pasti akan 'meletup' !!!

Saturday, September 10, 2011

PERODUA MYVI SE 1.5 UNTUK TEMPAHAN

Secara rasminya Perusahaan Automobil Nasional Kedua (PERODUA) akan bersedia menerima tempahan untuk Perodua Myvi SE 1.5 terbarunya mulai 12 September 2011.

PERODUA akan dipamirkan di setiap bilik pameran PERODUA di seluruh negara bermula pada 15 September 2011 untuk tatapan umum manakalan harga pula akan diumumkan pada hari tersebut. Model ini akan didatangkan dalam dua versi iaitu dalam bentuk manual dan juga automatik. Dibawah ada serba sedikit gambar spyshot Perodua Myvi SE 1.5 liter yang sempat dirakamkan untuk tatapan anda.

Jadi bagaimana pendapat anda? Masih belum puas dengan gambar disediakan? Apa yang pasti, dengan enjin 1.3 liter sebelum ini sudah pun membuatkan keluaran Perodua ini begitu pick up apatah lagi dengan kapasiti enjin 1.5 liter ini, tepuk dada tanyalah saku... Sekian.

Friday, August 26, 2011

PERODUA MYVI SE 2011 (YELLOW)

Baru sahaja tidak berapa lama Perodua Myvi 2011 dikeluarkan dengan rekabentuk baru, kini berita hangat mengenai kereta Perodua Myvi Special Edition (SE) berwarna kuning berjaya dirakam lensa kamera salah seorang pengguna jalanraya di Malaysia ini.



Apa yang dapat kami lihat dari gambar diatas adalah bahagian bumper hadapan, tepi dan belakang telah ditutup akan tetapi kita masih dapat melihat bagaimanakah bentuk kereta ini sebenarnya. Cuma yang menjadi tanda tanya buat kami, apakah kelebihan Perodua Myvi kuning ini? Adakah ianya mengekalkan ciri-ciri enjin 1.3L ataupun menggunakan enjin 1.5L? Sama-sama kita nantikan berita seterusnya dan kami akan kupaskan.

Monday, July 11, 2011

PERODUA MYVI JET DAN PERODUA MYVI SPORT SILVER SE

Perodua UK telah melancarkan dua model keluaran Perodua iaitu Perodua Myvi JET dan Perodua Myvi Silver Sport Special Edition untuk pasaran UK. Kedua buah model ini hanya didatangkan dalam versi manual transmisi sahaja.

Perodua Myvi Silver Sport SE dengan rim sukan 15 inci hanya berharga £7,499

Manakala Perodua Myvi JET pula didatangkan dengan rim 14 inci hanya berharga £7,999

Monday, June 27, 2011

PERODUA MYVI BARU 2011 - LAGI BEST


Memang menarik iklan ni, syabas buat Perodua kerana mengeluarkan kereta bertaraf nasionaleee....!!!

Monday, June 20, 2011

PERODUA MYVI ELEGANCE 2011 - MAKLUMAT PENUH!

Khas buat peminat-peminat atau pengguna yang ingin memiliki kereta berjenama PERODUA, untuk entry kali ini saya akan ulas serba sedikit mengenai keluaran terbaru dari PERODUA iaitu Myvi Elegance. Dengan kuasa enjin paling rendah adalah 1.3 liter dan saya difahamkan tiada lagi keluaran dengan enjin berkuasa 1.0 liter kerana permintaan untuk enjin berkuasa 1.0 liter amat kurang selain dari penggunaan petrol yang kurang menjimatkan kerana body Myvi yang lebih besar berbanding Perodua Viva.

Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm. Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm. Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.

Beralih ke bahagian teknikal yang agak kontroversi, ramai yang salah faham apabila menyangka Perodua Myvi baharu menggunakan enjin baru seperti Daihatsu Boon 2010 atau Toyota Passo 2010. Hakikatnya Perodua Myvi generasi kedua ini masih menggunakan enjin lama dengan kod K3-VE, DOHC 16 Valve dengan sistem DVVT. Kuasa kuda yang dihasilkan sebanyak 90hp@6,000rpm dan tork maksimum terhasil pada angka 117Nm@4,400rpm. Sistem transmisi kekal serupa, manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan.

Enjin lama dengan sistem Electronic Fuel Injection (EFI) ini sebenarnya masih lagi bagus, di mana menurut Perodua tahap ekonomi bahan apinya adalah lebih menjimatkan berbanding model Myvi sebelumnya. Semua itu disumbangkan oleh faktor rekabentuk Myvi baru yang lebih aerodinamik dan bersaiz lebih kompak. Kapasiti tangki minyak pula boleh diisi maksimum 40 liter, lebih dari cukup untuk perjalanan yang agak jauh.

Sistem brek tiada sebarang perubahan, masih mengekalkan brek cakera di depan dan brek drum di belakang. Cuma saya berharap tahap pemberhentian Perodua Myvi baharu ini terutamanya untuk versi high-line Elegance, daya cengkaman breknya lebih baik dan streng tidak akan bergegar apabila dibrek dengan kuat dan secara tiba-tiba. Sistem suspensi seperti yang ditulis di dalam brochure adalah seperti berikut ; Front – MacPherson Strut with coil spring; Rear – Torsion Beam with coil spring. Apa pun, saya merasa selesa dengan Myvi lama, jadi sudah pasti Myvi Elegance akan memberikan perasaan yang sama (atau mungkin lebih baik).

Masih lagi di bahagian luaran (exterior), antara perubahan utama yang dapat dikesan sekilas pandang ialah lampu utama di depan. Kali ini lampu utama dilengkapi lampu jenis projektor dan rekabentuknya bagi saya sangat menarik dan sporty. Ianya juga tersedia lampu kabus di bahagian bampar di bawah lampu utama. Cermin sisi menampilkan teknologi terbaru untuk model Myvi, apabila ia kini boleh dilipat secara elektronik, juga tersedia lampu isyarat untuk membelok.

Antara yang terbaru pada Myvi Elegance ini merupakan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) untuk semua cermin. Menurut Perodua, ianya memberikan perlindungan dari sinar Infra Red, Visible Light (VL) dan Ultra Violet (UV) dengan berkesan, di samping memberikan lebih perlindungan dan suasana di dalam kabin lebih nyaman.

Antara ciri-ciri lain di bahagian luaran Perodua Myvi Elegance seperti pemegang pintu di bahagian luar dengan warna krom, spoiler belakang bergaya, kombinasi lampu belakang menarik dengan rekaan baru, skirting depan, tepi dan belakang, ‘side door moulding’ di sisi pintu, dan tiang pillar diwarnakan hitam untuk gaya lebih sporty. Tidak dilupakan rim aloi bersaiz 14 inci disaluti tayar dari siri 175/65 R14. Bagi saya bahagian luaran Myvi Elegance sangat bergaya, sporty dan menampilkan ciri-ciri lebih maskulin.

Menyentuh bahagian dalam (interior) seperti mana yang diwar-warkan oleh Perodua sebagai ciri utama yang bakal menarik minat pembeli, papan pemuka kini berwajah baru dengan rekaan lebih menarik dan mempunyai dua tona warna. Versi automatik memperlihatkan tuil gear diletakkan pada posisi di papan pemuka dan dilengkapi butang pelepasan dan kunci (Dash-mounted Gear Shift & Shift Lock Release Button).

Kedudukan tuil gear bagi versi manual masih sama seperti model Myvi lama, namun apa yang saya rasa agak ‘kurang’ ialah apabila ruang kosong di bahagian gear untuk versi automatik telah dikosongkan untuk versi manual. Bagi saya adalah lebih ‘cantik’ jika ruang tersebut ditutup sepenuhnya, atau diisi dengan peralatan lain. Mungkin Perodua ada sebab-sebab tertentu, atau ruang kosong itu sendiri ada fungsinya yang tersendiri.

Bahagian paling menarik sudah pastinya di bahagian meter dengan gaya baru hasil kombinasi meter optitron dengan kesan 3D. Warna biru kehijauan yang dipaparkan terang terasa amat sesuai sekali bagi meninggalkan kesan pandangan yang menyenangkan, terutamanya apabila memandu di waktu malam. Nasib baik Perodua tidak melakukan uji kaji dengan meletakkan meter speedometer di tengah-tengah papan pemuka seperti Toyota Vios, jadi posisi dan rekaan konsol tengah kali ini bagi saya lebih menarik berbanding model Myvi terdahulu.

Harga paling terbaru yang saya perolehi tadi untuk Perodua Myvi Elegance seperti berikut ;

1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00 2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00 3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00 4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00


Kunjungilah bilik pameran PERODUA yang berdekatan dengan anda sekarang untuk tempahan!

Saturday, June 18, 2011

PERODUA MYVI 2011 PANEL DEMO


Memang hot item lah Perodua Myvi 2011 ni. Ramai betul visitor masuk ke blog ProtonClub ini dengan tagline Perodua Myvi baru 2011. Jadi kami akan bongkarkan kepada anda sedikit demi sedikit maklumat mengenai Perodua Myvi terbaru keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Kedua (PERODUA) ini. Diatas adalah video bagaimana panel bahagian hadapan kereta ini berfungsi, mari kita lihat.

Friday, June 17, 2011

PERBEZAAN PERODUA MYVI LAMA DAN BARU

Nampaknya ramai yang tertunggu-tunggu bagaimana rupa sebenar Perodua Myvi 2011 ini yang bakal menggantikan Perodua Myvi yang ada dipasaran pada masa ini. Jadi tanpa membuang masa lagi mari kita lihat apakah perbezaan diantara Perodua Myvi lama dan Perodua Myvi baru 2011 ini.






Apa yang dapat saya rumuskan ialah bentuk Perodua Myvi baru 2011 ini nampak lebih kecil berbanding Perodua Myvi yang lama yang lebih kembang. Dari segi rekabentuk pula, ianya nampak lebih moden dengan sentuhan dalaman yang nampak seperti kereta mewah kerana dilengkapi skrin lcd. Kami akan bongkarkan lagi beberapa maklumat mengenai kekuatan enjin untuk Perodua Myvi baru 2011 ini, nantikan....

Monday, June 6, 2011

GAMBAR PERODUA MYVI 1.5 2011 ATAS TRAILER

Gambar ini berjaya dirakam oleh salah seorang rakan dari blog sebelah. Beberapa buah kereta jenis Perodua Myvi 2011 dalam perjalanan untuk dihantar kepada cawangan Perodua. Tak lama lagi anda dapat lihat kereta ini di bilik pameran Perodua berdekatan anda ;)

Friday, June 3, 2011

GAMBAR LUAR DAN DALAM PERODUA MYVI BARU 2011

Gambar di atas menunjukkan rekaan dalaman (interior) bagi kereta Perodua Myvi baru 2011. Memang nampak mewah dan versetil kerana rekaannya terkini seperti kereta import. Anda boleh lihat paparan skrin ditengah.

Versi yang ini pula mungkin bukan dari jenis high spec kerana paparan skrin tiada tetapi ia digantikan dengan butang untuk kawalan. Begitu juga warna lampu pada meter juga dapat dilihat menggunakan warna oren sahaja.

Gambar dirakam menggunakan kamera handset jadi ia agak kabur sedikit namun ini adalah gambar paparan skrin Perodua Myvi baru 2011 dari jarak dekat.

Ini pula gambar Perodua Myvi baru 2011 dengan kawalan butang.

Tuesday, May 31, 2011

LAGI GAMBAR PERODUA MYVI 2011 DI IPOH

Lagi gambar spyshot Perodua Myvi 2011 baru yang berjaya dirakamkan di sekitar Ipoh, Perak. Mungkin anda ternanti-nanti gambar penuh Perodua Myvi 2011 baru ini tetapi buat masa ini kami belum lagi dapatkan gambar penuh termasuk bahagian dalam kereta ini. Walaubagaimanapun, bagi peminat kereta tempatan jenis kompak ini, anda boleh dapatkan atau tempah kereta ini pada 4 Jun 2011 disetiap cawangan Perodua.

Monday, April 11, 2011

PERODUA MYVI 1.3 & 1.5 LAUNCH?

Ini merupakan laporan yang memberikan lebih banyak info berkenaan pelancaran Perodua Myvi generasi kedua yang dijangka dilancarkan pada tahun ini. Menurut laporan akhbar Harian Metro hari ini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter dan 1.5 liter. Myvi baru versi 1.3 liter akan dilancarkan pada Mei ini manakala versi 1.5 pada Julai atau September depan. Beberapa perubahan besar telah dilakukan oleh Perodua terhadap Myvi 2011 yang membabitkan ruang dalaman (interior) dan luaran (exterior) berbanding model sedia ada, antaranya papan pemuka (dashboard) serba baru, reka bentuk lampu depan dan belakang baru, serta bampar depan dan belakang berwajah baru lebih sporty. Berbanding varian 1.3 liter, varian 1.5 liter bukan saja menawarkan enjin lebih berkuasa malah rekaan luaran lebih sporty dan bergaya. Menurut Perodua, beberapa jenis varian ditawarkan untuk model terbaru ini membabitkan transmisi automatik dan manual. Antara perbezaan ketara antara versi manual dan automatik ialah tuil gear automatik berada di atas dashboard (sama seperti Perodua Alza automatik) berbanding tuil gear manual yang masih di kedudukan bawah (lantai). Perubahan Myvi baru ini juga membabitkan saiznya yang dikecilkan sedikit berbanding model sekarang dan kusyen tempat duduk ditebalkan untuk lebih keselesaan penumpang. Harga bagi Perodua Myvi baru akan diumumkan oleh pihak Perodua sedikit masa lagi setelah mendapat kelulusan pihak kerajaan. Harga untuk versi 1.3 liter mahal sedikit daripada harga model sekarang, manakala versi 1.5 liter pula dijangka lebih rendah daripada model Perodua Alza. Perodua memaklumkan bahawa enjin 1.5 liter yang digunakan pada Myvi 1.5 merupakan enjin yang sama digunakan pada model Alza, menjadikannya lebih berkuasa dan menjimatkan penggunaan minyak. Perodua Myvi 2011 baru akan dimulakan pengeluarannya pada Mei di kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang selepas pengeluaran bagi model sekarang dihentikan akhir bulan ini. Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dilaporkan berkata sebelum ini, model baru kereta kompak yang bakal diperkenalkan itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris sedia ada iaitu Myvi, Alza dan Viva. Sama ada benar atau tidak kenyataan penuh yakin itu, Perodua mempunyai alasan yang kukuh untuk mencipta satu lagi rekod dalam sejarah industri automotif negara bermula Mei depan.


p/s: Sekarang kereta Perodua Myvi memang lebih luas tetapi untuk keluaran 2011, ianya akan dikecilkan sedikit. Apakah penyebab utama ianya dikecilkan? Adakah untuk menjimatkan kos atau kecil lebih sporty???

Wednesday, March 23, 2011

GAMBAR PERODUA MYVI 2011 BARU DIRAKAM!

Jom kita tengok gambar yang berjaya dirakam oleh saudara Azani. Gambar kereta Perodua Myvi dengan design terbaru oleh Perodua. Dibawah saya sertakan tiga gambar yang berjaya dirakamkan. Anda boleh lihat sendiri pada tagging warna kuning berkemungkinan adalah aksesori tambahan ataupun perubahan yang telah dilakukan oleh Perodua.

Kemungkinan besar kereta Perodua Myvi 2011 baru ini akan dilancarkan pada tahun ini walaubagaimanapun tarikhnya masih samar2. Mungkin peminat Myvi seluruh tanah air tidak sabar untuk menatap wajah sebenar kereta ini, saya akan update gambar penuh Perodua Myvi baru 2011 ini akan datang... Tunggu :)

Friday, March 11, 2011

PERODUA ALZA M2 EDITION

Mungkin ramai tertanya2 apakah kelebihan Perodua Alza M2 ini dan kenapa hanya 500 unit sahaja dikeluarkan betul tak? Sebenarnya Perodua Alza ini mempunyai ciri2 atau kelebihan pada warnanya yang seakan-akan cerah kebiruan pada waktu malam. Lain2 rekaan adalah seperti karpet custom dan cover tempat duduk.

Wednesday, March 9, 2011

NEW DESIGN OF PERODUA MYVI 2011 SPOTTED


Kalau Proton sibuk dengan rekaan Facelift mereka, kini Perodua pula tampil dengan rekaan terbaru yang dikatakan akan menggantikan model terlaris masa kini di Malaysia iaitu Perodua Myvi. Ini adalah gambar yang berjaya dirakamkan oleh detektif khas. Menurut sumber, gambar ini dirakamkan berdekatan dengan Sungai Besi, Kuala Lumpur. kemungkinan besar ianya akan menggegarkan pasaran automotif tempatan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, rekaan di bahagian dalam kereta ini masih tidak dapat dirakamkan, mungkin dikeluaran akan datang saya akan postkan artikel mengenai ciri2 yang ditambahbaik dalam Perodua Myvi 2011 ini.

Wednesday, January 26, 2011

PERODUA ALZA EDISI KHAS DIPERKENAL

Hanya 500 unit dikeluar peringati jasa Tun Dr Mahathir

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melancarkan Alza edisi khas yang menampilkan kemasan dan perincian lebih mewah dan eksklusif.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Alza edisi khas yang akan dikenali sebagai ‘M2 Special Edition’ itu dikeluarkan sempena memperingati jasa dan sumbangan besar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penubuhan PERODUA. Beliau berkata, sebagai edisi khas, hanya 500 unit akan ditawarkan dengan pengeluarannya dijangka dibuat seawal Mei ini. “Secara keseluruhannya Alza M2 Special Edition itu nanti akan diberi sentuhan dan perincian baru lebih mewah lagi eksklusif.

“Bagi menambahkan lagi ketrampilan mewah dan eksklusif, kenderaan serba guna (MPV) itu akan turut diperkemaskan dengan perincian tambahan seperti jahitan baru pada tempat duduk, selain dikeluarkan hanya dalam satu warna saja iaitu ‘midnight blue’ yang anggun.

“Nama M2 Special Edition pula akan tertera pada emblem di bahagian belakang dan pada tempat duduk.” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Aminar Rashid berkata, pihaknya belum lagi menetapkan harga bagi Alza M2 Special Edition, tetapi membayangkan ia akan berasaskan kepada harga Alza Advance Version. Harga pasaran Alza Advance Version ialah RM69,900 seunit.
Beliau berkata, PERODUA akan menyumbang RM1,000 daripada setiap unit dijual, atau RM500,000 daripada keseluruhan jualan 500 unit M2 Special Edition itu kepada Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menyokong usaha murni diperjuangkan yayasan berkenaan.

“Jika ada pembeli yang mahu membelinya pada harga lebih mahal daripada ditetapkan, lebihan harga itu akan kami salurkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana,” katanya sambil menambah harga jualan bagi M2 Special Edition itu akan dikeluarkan dua minggu lagi.

Semalam Tun Dr Mahathir yang mencetuskan wawasan penubuhan PERODUA melawat kilang pengeluar kereta nasional kedua itu di Sungai Choh, Selangor. Lawatan terakhir beliau ke kilang itu ialah lebih 10 tahun.

Tun Dr Mahathir disambut kaki tangan Perodua termasuk Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanannya.

Sempena lawatan itu, PERODUA menghadiahkan seunit Alza dengan nombor plet 2020 kepada Tun Dr Mahathir, bagi mencerminkan wawasan 2020 yang dicetuskan beliau.