Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Monday, December 17, 2012

PDRM GUNA KAWASAKI NINJA 250R


TERBAIK DARI LADANG! Selepas ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah jentera terbaru mereka dengan Kawasaki Ninja 250R!

Menurut sumber daripada Buletin Utama, ianya akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak. Polis akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi ini untuk membuat rondaan dan membanteras jenayah.

Selain itu, pihak Polis juga akan melatih anggotanya agar dapat menunggang motosikal ini samada dalam keadaan aman dan ketika situasi bahaya.



Kita rakyat Malaysia berharap dengan adanya jentera baru ini, rondaan bermotosikal perlulah dilakukan dengan kerap memandangkan jenayah di Malaysia kini semakin membimbangkan kita.

P/S: JELES gua tengok Polis dapat macam-macam...Tahniah PDRM.

CCTV PANTAU KAMERA AES ATAU APA?


Selepas dikhabarkan dengan beberapa berita mengenai Kamera Perangkap Kelajuan AES yang menjadi tempat lepas geram orang ramai akibat dari lambakan saman yang terpaksa mereka bayar. Pihak tertentu telah membuat satu inisiatif baru untuk mengelak dari berlakunya kejadian berkenaan.

Berikut adalah petikan daripada akhbar SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2012,


SERDANG – “Saya langsung tidak tahu menahu mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE),” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Beliau berkata, bukan Kerajaan Negeri yang melakukan pemasangan terbabit dan mendakwa ia dilakukan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, tiada mana-mana pihak yang mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan mendakwa pihak yang memasang peralatan itu tiada hak berbuat demikian tanpa keizinan PBT.

“Saya tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara ini (pemasangan CCTV), memang tiada permohonan dibuat sebelum ini malah kebenaran untuk memasang AES juga belum diterima kami.

“Kerajaan Negeri bertegas, dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan 6 Disember lalu, sekiranya masih tiada kontraktor atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemukakan permohonan, kita akan buka AES itu,” katanya, semalam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 11.30 pagi semalam mendapati, tiga pekerja melaksanakan kerja-kerja pemasangan CCTV kurang lima meter dari kamera AES.

Pemasangan peralatan itu dipercayai bagi mengesan tindak tanduk pihak tidak bertanggungjawab selepas AES yang dipasang di situ pernah menjadi sasaran perbuatan vandalisme sebelum ini.

Namun begitu saya pasti masih ramai rakyat dinegara ini tidak bersetuju dengan pemasangan kamera perangkap hadlaju ini walaupun tujuannya dipasang adalah untuk menangkap mereka yang melakukan kesalahan.

Ada juga yang terkena ditempat yang hadlaju ditetapkan adalah 60KM/H dan ini agak menghairankan. Mungkin disitu tempat yang kerap berlaku kemalangan agaknya KOT.....

Friday, September 21, 2012

AES SPEED TRAP SPY SHOT CAPTURED!


Adakah anda pernah dengar mengenai teknologi AES pada kamera perangkap had laju (Speed Trap)? Sejauh mana keupayaannya bukan lagi persoalan tetapi kecekapan kamera ini memerangkap kelajuan sesebuah kenderaan amat dikagumi walaupun tiada orang yang mengawalnya. Berikut adalah lokasi panas yang sempat diambil oleh jurugambar amatur di highway. 

Menurut jurugambar tersebut, kamera ini dirakamkan di KM376 PLUS Slim River, Ipoh Perak. Jadi kami berharap anda lebih berhati-hati selepas ini. Pandu cermat dan ingatlah orang tersayang.

P/S: Kalau ada update terbaru mengenai lokasi kamera ini, kami akan update dari semasa ke semasa. Sentiasalah subscribe blog ProtonCLUB. Terima kasih.

Wednesday, August 24, 2011

KAWASAN SPEED TRAP RAYA 2011

Kepada semua sahabat dan pelawat blog ProtonCLUB, saya nak kongsikan dengan anda semua antara tempat-tempat panas atau kawasan perangkap kelajuan (speed trap) yang akan dibuat bagi menyambut perayaan tahun 2011 adalah seperti berikut.



KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)



Plus Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak



Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi



NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam



Jaga-jaga



KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ



JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)

6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)

7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang



Akhir kata dari saya, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DAN INGATLAH ORANG TERSAYANG. KELAJUAN ITU MEMBUNUH! SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami ProtonCLUB.

Saturday, July 2, 2011

KERETA PERONDA POLIS DARI CHEVROLET CRUZE DAN CHEVROLET CAPTIVA?

Belum dapat dipastikan apakah kegunaan yang akan digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kedua-dua model Chevrolet ini. Namun penyerahan kunci telah dibuat oleh pihak NAZA kepada Menteri Dalam Negeri. Kedua-dua buah model ini telah siap di 'make-up' khas untuk kereta Peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini adalah model Chevrolet Cruze berwarna putih, memang sesuai untuk dijadikan kereta Polis dan bentuknya memang menarik sekali.

Ini pula adalah model Captiva yang didatangkan dalam warna hitam.

Petikan UTUSAN Malaysia:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 kereta jenis Chevrolet Captiva dari syarikat Naza Quest Sdn. Bhd., sebagai kereta rasmi sempena Pameran dan Persidangan Kedua Peralatan Polis 2011 (GPEC Asia 2011) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini dari 27 hingga 29 Jun ini.

Selain untuk kegunaan tetamu, satu unit kereta jenis Chevrolet Cruze dan dua unit Chevrolet Captiva yang diwarnakan sepenuhnya seperti kereta polis, turut dipamerkan kepada pengunjung-pengunjung pameran.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Naza Quest, Datuk Maruan Mohd. Said, Chevrolet merupakan pilihan polis Amerika Syarikat sebagai kenderaan peronda kerana keupayaannya meningkatkan kecekapan ketika melaksanakan tugas.

Katanya, sebanyak 110 penyertaan dari syarikat tempatan dan 11 negara luar akan mengetengahkan peralatan polis terkini masing-masing.

"Antara peralatan dipamerkan termasuk 41 sistem keselamatan, kajian teknologi maklumat forensik, penyiasatan jenayah, teknologi kenderaan, kawalan trafik dan peralatan keselamatan jalan raya.

"Turut dipamerkan teknologi petugas khas, pakaian kalis peluru, senjata-senjata, peralatan kecemasan dan menyelamat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan replika kunci kereta itu kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Dalam perkembangan lain, Chin Wah memberitahu, empat anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes peras ugut ke atas seorang lelaki pada 17 Jun lalu dibebaskan semalam, dengan jaminan polis.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas arahan pihak Peguam Negara sementara menunggu siasatan membabitkan tiga anggota berpangkat Lans Koperal dan seorang berpangkat Koperal itu selesai.

"Kita masih dalam proses menyiapkan kertas siasatan tersebut sebelum dihantar kepada pihak pendakwa raya.

"Keempat-empat anggota terbabit ditempatkan di bahagian tugas-tugas am yang tidak melibatkan mereka berurusan dengan orang awam," katanya.


Sunday, May 29, 2011

PDRM DAPAT 10 BUAH PROTON INSPIRA

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 buah unit kereta Proton Inspira 1.8 versi manual dari Proton Holdings Sdn Bhd. Kunci replika diserahkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif Proton iaitu Datuk Seri Haji Syed Zainal. Lepas ni lagi senang Polis nak kejar kereta-kereta laju dekat highway kan... Hehehe...

Thursday, January 20, 2011

CARA SEMAK SAMAN ONLINE ATAU SMS

Langkah 1: Sila ke laman Rilek.Com.My dan klik pautan ‘register’.

Langkah 2: Tetingkap seperti di atas akan tertera. Masukkan kesemua maklumat yang diperlukan dan klik ‘enter’.

Langkah 3: Jika tiada kesilapan, tetingkap baru akan muncul memberitahu agar anda menyemak link pengesahan yang telah dihantar ke dalam emel anda.

Langkah 4: Login ke dalam emel anda. ‘Copy’ link yang dihantarkan kemudian ‘paste’ ke browser anda dan tekan ‘enter’.

Langkah 5: Selepas anda klik enter, paparan ini akan muncul. Klik pautan ‘login’ yang berwarna biru itu.


Langkah 6: Anda akan dibawa semula ke ruangan ini. Kali ini klik pautan ‘login’ seperti di tempat yang saya tandakan dengan anak panah di atas.

Langkah 7: Tetingkap ini akan keluar. Masukkan ‘username’ dan ‘password’ seperti yang anda masukkan sebelum ini di langkah 2 dan klik ‘enter’.

Langkah 8: Anda akan dibawa ke halaman ini. Kali ini klik pautan ’check summons’.

Langkah 9: Kini anda boleh masukkan no kad pengenalan dan menyemak saman anda. Sekian.