Showing posts with label Jualan Kereta. Show all posts
Showing posts with label Jualan Kereta. Show all posts

Monday, December 12, 2011

PANAS! GAMBAR PROTON EXORA PRIME / BOLD

Berita menarik dan hangat buat peminat MPV tanahair! Proton akan melancarkan sebuah lagi MPV iaitu Proton Exora Prime yang bakal dirasmikan pada awal Januari tahun depan.

Kisah kali ini adalah berdasarkan rakaman 'spyshot' Proton Exora Turbo yang dikeluarkan dari posting sebelum ini.

MPV ini adalah satu lagi keluaran Proton yang dijangka mampu menguasai pasaran tempatan. Model ini didatangkan dengan enjin pengecas turbo 1.6L (138Hp/205Nm @ 2000RPM - 4000RPM). Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan sistem brek cakera pada bahagian hadapan.

Bahagian dalam pula disolek dengan dashboard kayu agar ia nampak eksklusif dan bergaya. Apapun kita nantikan kemunculannya pada awal tahun hadapan!

Thursday, June 30, 2011

DAIHATSU SIRION KLON MYVI 2011

DAIHATSU telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan jenama Daihatsu Sirion untuk di eksport ke Indonesia. Rekaan ini diambil daripada Perodua Myvi 2011 yang dijual di Malaysia.

Gambar di atas dirakam oleh salah seorang peminat kereta tempatan. Gambar di ambil di highway Malaysia dan mungkin ia akan dihantar ke pelabuhan untuk di eksport ke Indonesia. Jadi kesimpulannya, Perodua Myvi dikenali sebagai Daihatsu Sirion di Indonesia. Ini bukan kali pertama jenama Perodua dijual dengan jenama Daihatsu di Indonesia tetapi kereta Perodua Myvi keluaran pertama dahulu pun menggunakan jenama Daihatsu apabila ia di eksport ke luar negara.

Wednesday, January 12, 2011

PERODUA KEKAL TEMPAT PERTAMA DI MALAYSIA

RAWANG: Perodua mengekalkan kedudukannya untuk tahun kelima berturut-turut di kalangan syarikat kereta di Malaysia apabila meningkat 13 peratus dan rekod jualan 188,600 unit tahun lalu dengan model MyVI muncul sebagai model jualan terlaris.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata dalam proses itu, ia menguasai 31.2 peratus kepentingan pasaran kereta negara.
"Jualan tahun lepas didorong oleh permintaan menggalakkan untuk kereta kompak mampu milik berbanding 166,700 unit yang dijual pada 2009," katanya.

Beliau berkata, jualan rekod syarikat sebelumnya iaitu 176,400 unit dan penguasaan pasaran 30.5 peratus telah dicapai pada 2008.

"Kami memecahkan dua rekod pada 2010 -- pertama dengan jualan tahunan tertinggi pernah dicatatkan dan Disember lepas, Perodua mencapai pendaftaran jualan bulanan tertinggi sebanyak 19,400 unit, mengatasi rekod sebelum ini 18,500 pada Mac 2010," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, MyVI muncul sebagai model paling laris di Malaysia tahun lalu dengan 77,700 unit dijual, ALZA kenderaan pelbagai guna paling laris dengan jualan 42,000 unit sementara Viva mencatatkan jualan 69,000 unit.

"Buku tempahan kami kekal menggalakkan dan kami yakin dapat mengekalkan momentum itu tahun ini," katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar, Aminar berkata, Perodua mensasar menjual 195,000 unit kenderaan tahun ini, dipacu oleh jualan MyVI, ALZA dan Viva.

"elancaran model baharu tahun ini akan turut merancakkan jualan," katanya.

Menyentuh tinjauan masa depan industri, beliau berkata, jumlah industri untuk tahun ini sama ada tidak akan berubah, atau meningkat sedikit daripada anggaran 605,000 unit yang dijual pada 2010.

"Tahun lepas merupakan tahun yang baik untuk kebanyakan syarikat pengeluar dan tahun ini, kami menjangkakan sama ada ia mendatar ataupun meningkat sedikit," kata beliau.

Sumber: BERNAMA

Thursday, November 25, 2010

MASERATI GRANCABRIO


Naza Italia will be unveiling the Maserati GranCabrio in Malaysia at the upcoming KLIMS next month. The four-seater drop top features a 4.7 litre V8 – which is also to be found on the GranTurismo S coupe, the basis for this car – offering 440 hp and 490 Nm, mated to a ZF 6-speed automatic gearbox.

The canvas top comprises a structure with a backbone consisting of five steel and aluminium spokes, covered with a triple-layer canvas available in six colours – there’s solid black and titanium grey as well as warm chocolate in that mix. The system, whch takes 28 seconds to fold up/down, weighs in at just 65 kg.

maserati grancabrio 2

Plenty of accessories and kit in this Trident, of course, from a 12 speaker Bose audio system, 7-inch high-resolution colour display with 30GB hard disk, Poltrona Frau Leather upholstery in 10 colour choices (these can be blended together for seats, dashboard, tonneau cover, steering wheel and gear knob) to Carbalho wood from Brazil, among the many fineries.

There’s also matching luggage you can specify – two different sets are available, one in complete leather, the other in leather and fabric, with an extensive palette of colours to choose from. A set consists of two wheeled and two vanity cases, with a single bag designed to be placed on the rear seats also available. Don’t think the luggage will be there at the show, but that’s not the reason you’d be heading to the Maserati display, methinks.

Thursday, November 18, 2010

MERCEDES-BENZ R CLASS FACELIFT



Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan siri R Class. Bentuk seakan MPV membuatkan ianya menjadi pilihan untuk mereka yang mempunyai keluarga yg besar. Ia boleh didapati dengan harga dalam lingkungan RM470,888.00 dan RM478,888. Amacam murah tak?

Friday, November 12, 2010

PERODUA CATAT JUALAN TERTINGGI TAHUN 2010

Tahniah buat Perusahaan Otomobil Nasional Kedua (PERODUA) kerana berjaya mencatat jualan tertinggi lagi sekali mengalahkan pengusaha kenderaan yang lain termasuk PROTON (ish ish ish sedihnyer....). Mungkin ada something yang menyebabkan PERODUA berjaya menguasai pasaran kereta di Malaysia, adakah dari segi kualiti? Citarasa dan sebagainya... Apapun kami berharap PROTON perlu berusaha lebih gigih lagi untuk menambat hati pembeli terutama dari segi kualiti. Walaupun harga PERODUA mahal tapi masih lagi boleh menduduki tangga teratas carta jualan kereta di Malaysia.