Showing posts with label New Model. Show all posts
Showing posts with label New Model. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

SPYSHOT - PROTON TUAH P3-21A

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupabentuk kereta keluaran PROTON yang akan datang dan terbaru. Dan mungkin ramai juga yang telah tahu namanya yang dikenali sebagai Proton Tuah atau P3-21A yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Khabarnya model ini mungkin akan dipasarkan pada tahun 2012. Apa yang pasti, model ini dijangka dapat memenuhi kehendak pengguna dan mampu bersaing dengan model import.


Melihat dari bahagian dalaman pula, ciri yang diterapkan dalam model TUAH kali ini nampak begitu hebat dan lain dari model PROTON sebelum ini. Mungkin ini adalah evolusi terbaru yang mahu ditunjukkan PROTON bagi menyaingi model-model import yang berada di pasaran.

Namun yang pasti, kita semua pasti ingin tahu berapakah nilainya dan adakah nilainya sepadan dengan rekaan dan ketahanannya. Diharap pihak Proton mampu memberikan harga mampu milik kepada rakyat Malaysia kerana kenderaan ini adalah buatan Malaysia. Dengan ini ia pasti mampu menyaingi model import yang lain.

Friday, November 18, 2011

KEBANGKITAN CHEVROLET CAMARO ZL1

Model ZL1 adalah satu lagi model yang boleh dibanggakan oleh kumpulan Chevrolet. Dengan kuasa pecutan yang mengagumkan, ianya adalah kereta yang digeruni di atas jalan raya.

Apakah kelebihan kenderaan ini?
Saksikan sedutan video yang kami sediakan untuk anda semua.

Saturday, June 18, 2011

AUDI R8 GT SPYDER DILANCARKAN

Kepada semua peminat kereta mewah, mungkin anda juga adalah peminat jenama Audi! Kini muncul model terbaru dari Audi iaitu R8 GT Spyder yang pasti menggegarkan pasaran!

Dengan 560 kuasa kuda, kelajuan atau kepantasan kereta ini boleh pergi sejauh 100 KM/H dalam masa hanya 3.8 saat! Wow! Memang laju... Ditambah dengan spoiler pada bahagian belakang, memang nampak lebih sporty kereta ini. Bahagian ekzos pula dilihat pada badan kereta ini dan bukan diluaran seperti kereta-kereta biasa sebelum ini menampakkan lagi ia adalah rekaan terkini!

Kita lihat dibahagian dalam pula, memang nampak sporty dan keselesaan bagi pemandu amat diutamakan jadi apabila anda berada dalam kelajuan yang tinggi, anda masih lagi berada pada kedudukan yang selesa di dalam.

Sunday, May 1, 2011

SUV BARU KELUARAN SSANGYONG SUV DIJANGKA MEI INI

Bagi peminat SUV tanah air, mungkin model SUV Ssanyong tetapi kali ini mereka akan mengeluarkan model terbaru yang diberi nama Ssangyong Actyon. Ianya lebih kurang dengan model Ssangyong Korando.

Menurut sumber dari laman sesawang Ssangyong, model Actyon ini akan keluar dalam dua versi iaitu Ssangyong 2WD Actyon berharga RM119, 977,20 OTR tanpa insurans dan Actyon AWD berharga RM129, 997,20 OTR tanpa insurans.

Kedua-dua model ini telah dimuatkan dengan kekuatan enjin 2.0 liter e-XDi dengan gear automatik 6 transmisi.

Jadi bagi penggemar SUV, anda boleh layari laman sesawang Ssangyong Malaysia dan anda boleh melihat maklumat lebih terperinci mengenai SUV keluaran Ssangyong ini.

Friday, November 12, 2010

PERODUA VIVA 1.0 EXCLUSIVE EDITION



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam melancarkan variasi baru bagi model kereta jualannya yang paling laris, Perodua ViVA Elite Exclusive Edition.
Varian baru ViVA Elite ini didatangkan dengan satu pilihan warna yang baru iaitu, Classy Purple (Metallic) dan dua warna lain iaitu Midnight Blue (Metallic), dan Ivory White (Solid).

Dari segi luaran (exterior), tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat berbanding model ViVA Elite biasa dimana perbezaan ketara mungkin pada emblem baru “Exclusive Edition” yang berada di boot belakang ViVA Elite EE ini.

Manakala dari segi dalaman (interior) versi eksklusif ViVA Elite ini mendapat beberapa perubahan seperti, kemasan kulit pada stereng, logo Viva Exclusive pada kerusi kulit, dan kemasan warna ungu gelap metalik pada konsol tengah.

Perodua Viva Elite Exclusive Edition baru ini ditawarkan dengan harga RM41,600.00 (solid) dan RM42,000.00 (metalik), harga atas jalan termasuk insuran.