Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

ELAKKAN MENCUCI ENJIN KERETA ANDA!

KITA pasti seronok dan selesa apabila melihat kereta bersih, berkilat dan bahagian enjin pula tidak comot.
Jangan menggunakan air ketika membersihkan enjin kerana pada permukaannya terdapat banyak kesan minyak yang tidak boleh ditanggalkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.
Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.


Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.

Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.

Jika menyedari ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir pula menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.

Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering boleh menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.

Selepas dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

Sunday, November 27, 2011

PERODUA KELISA KERETA KOMPAK JIMAT PETROL

Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007 setelah digantikan dengan model Perodua Viva.

Semasa zamannya, Perodua Kelisa mendapat perhatian yang baik dari peminat-peminat kereta kecil dan kompak. Antara sebab utama Perodua Kelisa menjadi pilihan ialah saiz bentuknya yang kompak dan pengendalian yang mudah. Model ini dilengkapi kotak gear manual dan automatik. Perodua Kelisa amat mudah dikendalikan, terutamanya ketika pemanduan di bandar. Saiznya yang kecil memudahkan pemandu untuk keluar dan masuk dari petak meletak kereta. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli. Antara yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Majalah-majalah permotoran tempatan juga membuat review yang bagus berkenaan Perodua Kelisa dari aspek penggunaan petrol.

Memandangkan Perodua Kelisa merupakan sebuah kereta kecil yang kompak, tidak timbul isu tentang ruang penumpang yang sempit atau ruang bagasi yang kecil. Namun jika dibandingkan dengan Perodua Kancil, Perodua Kelisa jauh lebih selesa untuk 5 orang penumpang. Spesifikasi yang terdapat dalam Perodua Kelisa juga lebih lengkap kerana harganya yang lebih mahal. Perodua Kelisa lebih terkenal di kalangan pemandu wanita yang menginginkan sebuah kereta kecil yang mudah digunakan, tambahan pula rupa bentuk Perodua Kelisa agak feminin. Perodua Kelisa merupakan pilihan yang popular selain Kancil untuk dijadikan kenderaan kedua. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil. Bagi yang berminat untuk memiliki sebuah Perodua Kelisa, terdapat banyak pilihan di pasaran terpakai. Harga Perodua Kelisa terpakai bergantung kepada tahun ianya dikeluarkan dan spesifikasi pada setiap model.


Harga pasaran Perodua Kelisa terpakai keluaran 2001-2007 ketika ini ialah dalam anggaran RM15,000.00 sehingga RM30,000.00. Walaupun harganya agak mahal berbanding kereta terpakai lain, kos penyelenggaraan yang rendah dan penjimatan petrol menjadi kelebihan utamanya. Spesifikasi yang terdapat pada Perodua Kelisa seperti stereng kuasa, enjin yang bertenaga dan pengendalian mudah seringkali menjadi pilihan pembeli berbanding model Kancil. Sungguhpun Perodua Viva hadir dengan teknologi yang lebih moden dan ruang penumpang yang lebih luas, Perodua Kelisa masih merupakan sebuah kereta terpakai yang sesuai dijadikan kereta kedua.

Wednesday, July 6, 2011

ASAS CUCI KERETA

Sebelum kita mempelajari cara membaiki komponen kenderaan. perkara pertama yang diajar adalah asas penjagaan kenderaan, iaitu bagaimana mencuci kereta anda, ya saya rasa semua orang tahu bagaimana mencuci kereta anda, tapi tahukan anda adakah langkah yang anda lakukan betul atau tidak, Ramai orang tak tahu mencuci kereta ada caranya. yang mana dahulu yang mana kemudian dan yang utama sekali jangka hayat cat kereta anda.

Walaupun ditempat kedai cuci kereta pun para pekerja yang mencuci kereta menggunakan teknik yang salah dan masih ramai yang tidak sedar akan akibatnya nanti.

Baiklah, biarkan saya cerita sedikit mengenai punca masalah ini.

Pertama : Tahukah anda kereta kita akan membawa kekotoran pasir halus yang melekat.
Kedua : Tahukah anda kereta kita mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar.
Ketiga : Tahukah anda Kereta kita mungkin terkena getah daun pokok apabila kita parking.

ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kereta anda.

Langkah pertama: Apabila kereta kita kotor , kekotoran yang melekat pada badan kereta kita membawa pasir yang halus. Apa terjadi bila pasir tadi kita gosok, ya ini akan menyebabkan cat terhakis atau calar jika tidak menggunakan teknik betul semasa mencuci kereta anda.

Mula-mula basahkan kereta anda dari atas dahulu dan perlahan-lahan basahkan hingga kebawah, ini untuk memberi laluan kepada kotoran dan pasir jatuh kebawah, dan bukannya dari bawah keatas, pastikan semua bahagian badan kereta kita benar-benar basah, Biarkan ia basah dulu beberapa minit, jangan terus digosok dengan kain cuci sebab tanah yang melekat pada badan kereta belum betul-betul basah. Kemudian bolehlah dilap dengan kain cuci atau sponge. mulakan dari atas bumbung dahulu kemudian turun kebawah tujuannya untuk memberi laluan kepada kekotoran dari atas turun kebawah dan untuk mengelakkan bahagian yang hendak dicuci nanti tiada pasir masih melekat (Ingat jangan mulakan dari bawah ke atas sebab kain cuci atau sponge yang kita guna akan membawa kekotoran dan pasir kebahagian atas) kemudian seluruh cermin depan belakang dan sisi. dan barulah bahagian pintu bonet dan boot belakang, yang terakhir sekali barulah bahagian bawah pintu bumper depan dan belakang fender dan skirt kalau ada. setiap bahagian yang dicuci pastikan kain atau sponge anda direndam dalam baldi pencuci untuk membuang kotoran dan pasir.

Akhir Sekali barulah dibilas dengan air dimulai dari atas dulu dan perlahan-lahan ke bawah, selesai saja lapkan bahagian badan kereta anda dengan kain kering, Untuk memastikan kereta kita betul-betul dicuci pastikan bahagian sisi pintu , sisi boot belakang anda dicuci, selalunya kekotoran akan melekat pada sisi pintu dan jika dibiarkan ia akan kekal dan menjadi susah untuk dibersihkan. Untuk bahagian rim boleh dicuci menggunakan kain atau sponge manakala tayar pula boleh gunakan berus serabut.

Akhir sekali cantikanlah kenderaan anda dengan bahan pengilat yang boleh didapati dikedai. ingat gunakan bahan yang sesuai saja seperti pengilat dalam kereta untuk dalam kereta saja dan pengilat tayar untuk tayar saja, tidak perlu membazir wang anda untuk membeli jenama yang mahal.

Untuk masalah najis haiwan dan getah daun jika terjumpa pada badan kereta, hendaklah dibersihkan serta merta dengan air dan untuk getah daun pastikan anda gunakan bahan polish jika ada , jika tiada cukuplah sekadar bahan cuci biasa.

(Najis haiwan dan getah daun merupakan bahan asid yang dapat menghakis cat kereta anda dan akan menyebabkan karat jika dibiarkan.)

Saturday, November 6, 2010

PANDUAN PEMILIHAN TAYAR BERDASARKAN KELAJUAN

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Thursday, August 26, 2010

TIPS PENJAGAAN BATERI KERETA

Ketahanan bateri kereta kebanyakkannya tidak sama bergantung kepada pemilik kenderaan itu menjaga keretanya. Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi tips penjagaan bateri kereta kepada pengunjung laman ini.

Untuk battery yang bukan maintaince free,
- sentiasa memerhatikan paras air bateri, kalau kurang tambah.

battery yang maintainance free,
- selepas jaminan, seperti 1 tahun atau 1/2 tahun, kadang-kadang kena check paras air bateri. MAINTAINANCE FREE TIDAK BERMAKSUD SEL KERING!! cuma airnya kurang mengejat.

tips umum~
- pastikan kepala batery bersih sentiasa, kalau rosak tukar kepala bateri tu, kadang-kadang charge kereta tidak cantik, susah start engine disebabkan kepala tembaga tu.
- pastikan wire battery dalam keadaan baik
- Pasang volt stablizer, grounding wire kalau boleh
- check altenator, sebab kalau recharging battery tidak bagus, battery pun cepat rosak.
- kurangkan penggunaan amplifier, sportlight dan sebagainya.


Info berguna: Andainya hari ini hujan dan esoknya pula cerah, periksa paras air bateri, sebab air bateri akan mengejat. kalau bateri yang nyawa-nyawa ikan, akan rosak bateri itu jadi pastikan air bateri anda tidak kering!

Saturday, June 5, 2010

TEKNIK PEMILIHAN TAYAR KERETA

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Wednesday, June 2, 2010

TIPS ATAU PETUA JIMAT MINYAK

Berikut adalah beberapa tips cara penjagaan minyak kereta yg sy dapat daripada majalah n internet n pengalaman sendiri.

■SEBELUM ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
■Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

■Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

■Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan. Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.

■Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

■Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

■Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.

■Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

■Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

■Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin

■Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

■Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

■Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

So, antara cara2 nak save minyak kereta adalah,kot tuan punye kete je “iman” x cukup kuat nak follow semua rules tu…

1.Tidak “rammed” RPM hingga redline pd tiap gear tiap kali lepas trafik light

2.Tidak membrek secara mendadak dari kelajuan yg tinggi (emergency kes berkecuali)

3.Tidak membawa “beban” yg x perlu di dalam kete (setiap penambahan berat 50kg akan ketara menambah penggunaan petrol kete)

4.Penggunaan rim yg “ringan” – tp konfem mahal le kalau beso

5.Angin tayar yang mencukupi (terlalu kurang – petrol tambah, terlalu lebih – bahaya tambah)

6.Membawa kelajuan yg bersesuaian dgn kapasiti & enjin kereta. (Cth kalau kete 1.3-1.6 purata suitable speed yg save minyak dalam purata 80km/j & top 120km/j)

7.Elakkan penukaran kepada gear yg tidak sesuai dgn keadaan & speed kereta

Friday, May 28, 2010

PANDUAN MENJAGA TAYAR KERETA

* Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.

* Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.

* Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan tayar.

* Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.

* Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.

* Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.

* Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.

* Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.

* Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.|

* Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.

* Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.

Sunday, July 12, 2009

Tips to Choose a Right Body Kit for Your Car


A Great Deal of trademarks and makers exist when you need to search for thorough Body Kits for a car. There exists a diversity of body kits to opt from, resolving on the best bodykit to opt for becomes a heavy ordeal. There are certain components you should regard though before you buy a Body Kit. A few of these elements may include the style you desire for the car body, how much you are ready to render and the sort of material you desire your Body Kit to be made of. If you wish for swiftness, then Carbon Fiber is the body kit you should prefer. Carbon fiber is very light weight and if you replace your car components with carbon fiber, there will be an increment in the speed time for your auto. Seibon, Carbon Creations and VIS Racing are just some of the crowning brands in carbon fiber BodyKits products and add-on.. Among the many producers of car Body Kits, theres only one trademark name that is notable of discussion - SEIBON CARBON FIBER BodyKits. Seibon is famed for passing boundaries with their advanced merchandises and designs. Profound inquiry has been done before definite products are made and serviced to the public. What makes Seibon carbon fiber Body Kits unique and appreciated is that they are made by hand. This makes the BodyKit more detailed and it is understandable that slight imperfections may be discovered only occasionally. Seibon warrants that within 6 calendar months, their clear coat color wouldn't change and if it does change, they will insure this ordeal. Another famed product from Seibon is their line of products in Car Intake System or CAI. The air intake represents a big role in a cars functioning and efficiency consequently it is also important to choose CAI as your cars air intake system.