Showing posts with label Motorsikal. Show all posts
Showing posts with label Motorsikal. Show all posts
Monday, December 17, 2012
PDRM GUNA KAWASAKI NINJA 250R
TERBAIK DARI LADANG! Selepas ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah jentera terbaru mereka dengan Kawasaki Ninja 250R!
Menurut sumber daripada Buletin Utama, ianya akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak. Polis akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi ini untuk membuat rondaan dan membanteras jenayah.
Selain itu, pihak Polis juga akan melatih anggotanya agar dapat menunggang motosikal ini samada dalam keadaan aman dan ketika situasi bahaya.
Kita rakyat Malaysia berharap dengan adanya jentera baru ini, rondaan bermotosikal perlulah dilakukan dengan kerap memandangkan jenayah di Malaysia kini semakin membimbangkan kita.
P/S: JELES gua tengok Polis dapat macam-macam...Tahniah PDRM.
Labels:
Kawasaki,
Local News,
Motorsikal,
PDRM,
Superbikes
Friday, July 15, 2011
BMW KELUARKAN E-SCOOTER?
Siapa sangka BMW kini sedang dalam proses untuk mengeluarkan model motosikal berkonsepkan E-Skuter pula. Mungkin ia boleh menyaingi skuter yang ada di pasaran sekarang namun apa yang menjadi tanda tanya adalah harganya yang mungkin boleh melambung tinggi kerana jenamanya adalah BMW! Mengikut sumber, sudah ada prototaip untuk model ini.
Saturday, April 30, 2011
BOON SIEW HONDA MALAYSIA LAUNCHES 110CC WAVE
Syarikat motosikal Boon Siew Honda Malaysia telah melancarkan model terbaru mereka iaitu sebuah motosikal kapcai Honda Wave dengan CC sebanyak 110. Walaubagaimanapun, keluaran ini bukanlah untuk menggantikan motosikal Honda paling laris di Malaysia iaitu Honda EX5.
Dengan keupayaan enjin sebanyak 109.1 cc, ia mempunyai gear empat lejang. Mungkin keluaran kali ini mampu menyaingi produk Yamaha 4 lejang nya yang hangat sekarang ini iaitu Yamaha LC.
Honda Wave 110cc ini boleh didapati dipasaran Malaysia pada harga sekitar RM 4,998 hingga RM 5,268. Anda boleh dapatkan motosikal ini di cawangan-cawangan Boon Siew di seluruh Malaysia pada 15 May ini. Sekian...
Subscribe to:
Posts (Atom)

