Showing posts with label Malaysian Makes. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Makes. Show all posts

Monday, December 17, 2012

CCTV PANTAU KAMERA AES ATAU APA?


Selepas dikhabarkan dengan beberapa berita mengenai Kamera Perangkap Kelajuan AES yang menjadi tempat lepas geram orang ramai akibat dari lambakan saman yang terpaksa mereka bayar. Pihak tertentu telah membuat satu inisiatif baru untuk mengelak dari berlakunya kejadian berkenaan.

Berikut adalah petikan daripada akhbar SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2012,


SERDANG – “Saya langsung tidak tahu menahu mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE),” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu.

Beliau berkata, bukan Kerajaan Negeri yang melakukan pemasangan terbabit dan mendakwa ia dilakukan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, tiada mana-mana pihak yang mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan mendakwa pihak yang memasang peralatan itu tiada hak berbuat demikian tanpa keizinan PBT.

“Saya tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara ini (pemasangan CCTV), memang tiada permohonan dibuat sebelum ini malah kebenaran untuk memasang AES juga belum diterima kami.

“Kerajaan Negeri bertegas, dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan 6 Disember lalu, sekiranya masih tiada kontraktor atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemukakan permohonan, kita akan buka AES itu,” katanya, semalam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 11.30 pagi semalam mendapati, tiga pekerja melaksanakan kerja-kerja pemasangan CCTV kurang lima meter dari kamera AES.

Pemasangan peralatan itu dipercayai bagi mengesan tindak tanduk pihak tidak bertanggungjawab selepas AES yang dipasang di situ pernah menjadi sasaran perbuatan vandalisme sebelum ini.

Namun begitu saya pasti masih ramai rakyat dinegara ini tidak bersetuju dengan pemasangan kamera perangkap hadlaju ini walaupun tujuannya dipasang adalah untuk menangkap mereka yang melakukan kesalahan.

Ada juga yang terkena ditempat yang hadlaju ditetapkan adalah 60KM/H dan ini agak menghairankan. Mungkin disitu tempat yang kerap berlaku kemalangan agaknya KOT.....

Thursday, December 29, 2011

VIDEO - GAMBARAN PENUH PROTON TUAH

Sebelum ini kita hanya melihat wajah kereta ini yang ditutupi dengan pelekat tetapi kali ini kami dari ProtonCLUB akan menunjukkan wajah sebenar bagaimana rupabentuk Proton Tuah ini. Dibawah ini kami sediakan sedikit paparan video untuk anda tonton dan kami akan terus mencari bahan-bahan lain mengenai model terbaru ini untuk tatapan anda di blog ini.


SPYSHOT - PROTON TUAH P3-21A

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rupabentuk kereta keluaran PROTON yang akan datang dan terbaru. Dan mungkin ramai juga yang telah tahu namanya yang dikenali sebagai Proton Tuah atau P3-21A yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Khabarnya model ini mungkin akan dipasarkan pada tahun 2012. Apa yang pasti, model ini dijangka dapat memenuhi kehendak pengguna dan mampu bersaing dengan model import.


Melihat dari bahagian dalaman pula, ciri yang diterapkan dalam model TUAH kali ini nampak begitu hebat dan lain dari model PROTON sebelum ini. Mungkin ini adalah evolusi terbaru yang mahu ditunjukkan PROTON bagi menyaingi model-model import yang berada di pasaran.

Namun yang pasti, kita semua pasti ingin tahu berapakah nilainya dan adakah nilainya sepadan dengan rekaan dan ketahanannya. Diharap pihak Proton mampu memberikan harga mampu milik kepada rakyat Malaysia kerana kenderaan ini adalah buatan Malaysia. Dengan ini ia pasti mampu menyaingi model import yang lain.

Wednesday, December 21, 2011

MY PROTON MAKEOVER - PROTON WIRA SEDAN

Tahniah diucapkan kepada pemilik kereta Proton Wira sedan, Encik Sashideran Radha Krishnan kerana telah berjaya menjadi pemenang Proton Makeover baru-baru ini.

Kereta beliau sudahpun berusia 17 tahun, namun selepas beberapa pengubahsuaian dibuat ianya nampak seperti baru keluar dari kilang.

Dibawah ini kami sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.









Jika anda berminat untuk menyertai peraduan ini, anda boleh layari ProtonVIP.com dan segala terma dan syarat ada disertakan didalam laman tersebut.

Thursday, December 15, 2011

INFO: PROTON EXORA BOLD PREMIUM & PRIME

Setelah kian lama dunia internet dihujani dengan pelbagai gambar-gambar dan serba sedikit info mengenai Proton Exora terbaru dengan CFE (Penggunaan bahan api yang lebih cekap). Ia datang dalam dua jenis iaitu Exora Bold Premium dan Exora

Proton Exora baru ini menggunakan enjin CFE dengan kuasa 138 hp pada 5000 rpm dan 205 Nm tork dari 2,000 hingga 4,000 rpm untuk 1.6 liter. Dipadankan dengan kotak gear CVT, kelajuan tertinggi bagi kereta ini adalah pada 185 km / h dan 0-100 km / h dilakukan di 13.3 saat.

Penggunaan bahan api pula adalah pada sekitar 7.8 liter per 100 km sahaja, ianya memang sangat-sangat menjimatkan bagi sebuah MPV yang bersaiz sama besar dengannya.

Lejang enjin pula telah dipendekkan daripada 88 mm hingga 86 mm, menghasilkan sesaran yang lebih kecil iaitu sebanyak 1561 cc vs cc Campro CPS '1597.


"Didorong dengan enjin 1.6L yang lebih cekap, pengguna Proton Exora Boold ini pasti akan mengalami prestasi yang lebih hebat dan berkuasa dan ianya mampu menandingi enjin 2.0L, dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah. Kuasa tambahan juga memberikan kuasa yang lebih tinggi terutama apabila hendak memotong." kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin.


Selain itu, kedua-dua jenis Proton Exora yang menggunakan CFE + CVT, ia juga ditawarkan dalam bentuk perapi Eksekutif Bold (1.6L Campro CPS dengan manual atau auto penukar tork) dan perapi bukan Bold Standard, yang hanya didapati dalam bentuk manual.

Spec-bijak, CVT Premium Bold didatangkan dengan tempat duduk kulit, stereng dibalut kulit, lampu kabus depan, spoiler belakang, cermin sayap boleh lipat dengan kawalan elektrik, kawalan pelayaran dan kamera belakang dengan cermin pandangan belakang LCD. Kedua-duanya adalah sama dengan sistem yang dapat dilihat pada kereta Kia Forte 6-Kelajuan.



Akhir sekali kita akan bercerita mengenai harga. Proton secara rasmi telah mengeluarkan senarai harga OTR, di mana MT 1.6 Standard boleh didapati pada harga RM59, 998, MT Bold 1.6 Eksekutif pula pada harga RM70, 998, Bold 1.6 Eksekutif dengan harga RM74, 998 dan Bold 1.6 Premium CVT dengan harga RM79, 998. Manakala Exora Prime pula dijual pada harga RM88, 998 se-unit.

Thursday, November 17, 2011

SPYSHOT PROTON TUAH / PERSONA TYPE R

Adakah akan ada keluaran terbaru Proton pada tahun 2012 nanti? Berkemungkinan akan adanya kereta yang menggantikan model Persona.

Menurut apa yang dapat dilihat pada KLIMS 2011 yang lepas, Proton ada mengeluarkan beberapa jenis prototaip kereta untuk masa akan datang dan gambar diatas (Kuning) adalah berkemungkinan besar Proton Tuah atau Proton Persona Type R.

Sunday, November 6, 2011

LAKARAN PROTON ISPIRA R3 TERBARU

Satu berita yang sedang kita nantikan mengenai model Inspira versi R3. Kami telah berjaya mendapatkan satu lakaran imej yang menggambarkan reka bentuk roda aloi yang berbeza berbanding dengan gambar-gambar dalam iklan yang ada dalam laman sesawang di internet sebelum ini.

Proton Inspira R3 hanya boleh didapati dalam varian transmisi manual 1.8 dan terhad kepada 100 unit. Pada dasarnya sesiapa yang membeli 1 Inspira 1.8 manual untuk harga OTR (RM78, 549 solid, RM78, 999 metallic) akan dapat set R3 Inspira dengan semua bit ditambah R3 (bodykit, rim aloi 18 inci dengan tayar bernilai RM9, 000) dan ianya hanya akan dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja.

Tempahan dibuka sekarang dan berakhir pada 31 Disember, 2011, jadi anda mempunyai kira-kira dua bulan untuk pergi merebut penghantaran Inspira R3 manual anda. Pendaftaran dan penghantaran bermula pada minggu kedua bulan November. Warna tersedia termasuk putih, perak, merah dan hitam, tetapi kita mendengar majoriti mereka adalah putih.

Klik untuk rujuk post sebelum ini tentang Inspira Edisi R3

Sunday, August 28, 2011

SPYSHOT PROTON PERSONA R PROTOTAIP

Lagi berita hangat mengenai kereta Proton Persona baru dan ia mungkin dinamakan sebagai Proton Persona R. Lihat gambar prototaip yang berjaya dirakam jurugambar amatur di salah sebuah lebuhraya.



Lampu belakang pada kereta ini mungkin terdapat perubahan. Anda dapat lihat lampu belakang kereta ini lebih kurang Proton Inspira.



Proton Exora Turbo prototaip, kelihatan bumper hadapan yang lain dan juga bentuk lampu hadapan juga hampir berlainan dari yang ada diatas jalan sekarang.

Tuesday, August 9, 2011

PROTON GEN-2 FACELIFT SPYSHOT

Lagi berita panas lagi hangat mengenai kereta keluaran PROTON ini iaitu Proton Gen-2 yang mungkin akan diberi nama Proton Gen-2 Facelift dimana ada sedikit perubahan dilakukan kepada kenderaan tersebut.



Apa yang kita dapat lihat melalui gambar spyshot yang berjaya dirakam adalah keadaan lampu belakangnya sama seperti Proton Persona Elegance. Walaubagaimanapun ia masih lagi menggunakan enjin Campro 1.6 liter tetapi tidak diketahui samada ianya dari Campro CPS atau sebagainya.



Saksikan gambar dibawah ini dan nantikan banyak lagi gambar spyshot Proton Gen-2 Facelift ini dalam blog ProtonCLUB dimasa akan datang.





Saturday, July 23, 2011

DAIHATSU SIRION DILANCARKAN DI INDONESIA

Daihatsu Sirion, klon kepada Perodua Myvi Lagi Best telah dilancarkan di Indonesia.

Ianya berharga 139,500,000 to 150,500,000 rupiah untuk sebuah Daihatsu Sirion.

Dijangka keluaran bagi model ini sebanyak 500 unit sebulan.

Tuesday, July 19, 2011

MODEL EXORA TURBO DENGAN KOTAK CVT

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bilakah Proton Exora Turbo akan dipasarkan di Malaysia. Kemungkinan pada tahun 2012 anda akan dapat melihat Proton Exora Turbo dilengkapi CVT pada enjinnya. Di atas adalah jenis prototaip Exora dengan CVT Turbo didalamnya. Sila tekan read more untuk melihat Proton Exora yang dipasarkan dipasaran UK.

Gambar Proton Exora yang berada dipasaran UK.


Thursday, July 7, 2011

PROTON ESPIRE - PERSONA R

Jom kita tengok bagaimanakah rekabentuk kereta Proton Persona R. Buat masa ini kita lihat dahulu ilustrasi grafik model Persona R ini. Secara peribadi saya amat suka dengan rekabentuk dibahagian hadapan kerana ianya nampak begitu menyerlah dan rekaannya nampak lebih ke hadapan.

Tetapi untuk bahagian belakang pula mereka telah membuat satu gabungan untuk lampu belakang. Laluan itu mengikut bonet kereta tersebut. Selain itu, kita dapat lihat kereta ini menggunakan sistem ekzos berkembar yang mana corongnya berbentuk seperti segiempat bujur. Bagi spesifikasi enjin pula, berkemungkinan ianya akan dipadankan dengan enjin 1.8 liter bagaimanapun ianya masih samar-samar lagi.

Monday, June 27, 2011

PERODUA MYVI BARU 2011 - LAGI BEST


Memang menarik iklan ni, syabas buat Perodua kerana mengeluarkan kereta bertaraf nasionaleee....!!!

Tuesday, June 21, 2011

APAKAH NASIB PROTON INSPIRA?

Dengar sahaja Mitsubishi Lancer, pasti ramai yang tahu mengenai kereta ini tetapi kali ini saya ingin bercerita mengenai kereta yang seakan-akan Mitsubishi Lancer, iaitu Proton Inspira. Mungkin ramai yang ingin tahu bagaimanakah nasib kereta keluaran Malaysia dari PROTON ini? Ceritanya begini, tadi depan pejabat saya ada beberapa kakitangan Proton datang membuat pameran bagi model Proton Inspira ini. Menurut mereka, kereta ini permintaannya agak kurang dan sambutan juga terlalu dingin buat masa ini. Apakah faktornya?

Saya juga ada bertanya kepada beberapa rakan dan minta pandangan mereka, rata-rata mengatakan kereta ini terlalu mahal. Untuk spesifikasi Proton Inspira 2.0 CVT berharga sekitar RM 91,999 manakala harga kereta Mitsubishi Lancer 2.0 EX adalah sekitar RM117,676.10 (OTR). Apa pula pandangan anda? Boleh lontarkan komen-komen anda dibawah untuk kita sama-sama memberi pandangan dan mengapa kereta tempatan lebih kurang mahalnya berbanding kereta import.

Monday, June 20, 2011

PERODUA MYVI ELEGANCE 2011 - MAKLUMAT PENUH!

Khas buat peminat-peminat atau pengguna yang ingin memiliki kereta berjenama PERODUA, untuk entry kali ini saya akan ulas serba sedikit mengenai keluaran terbaru dari PERODUA iaitu Myvi Elegance. Dengan kuasa enjin paling rendah adalah 1.3 liter dan saya difahamkan tiada lagi keluaran dengan enjin berkuasa 1.0 liter kerana permintaan untuk enjin berkuasa 1.0 liter amat kurang selain dari penggunaan petrol yang kurang menjimatkan kerana body Myvi yang lebih besar berbanding Perodua Viva.

Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm. Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm. Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.

Beralih ke bahagian teknikal yang agak kontroversi, ramai yang salah faham apabila menyangka Perodua Myvi baharu menggunakan enjin baru seperti Daihatsu Boon 2010 atau Toyota Passo 2010. Hakikatnya Perodua Myvi generasi kedua ini masih menggunakan enjin lama dengan kod K3-VE, DOHC 16 Valve dengan sistem DVVT. Kuasa kuda yang dihasilkan sebanyak 90hp@6,000rpm dan tork maksimum terhasil pada angka 117Nm@4,400rpm. Sistem transmisi kekal serupa, manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan.

Enjin lama dengan sistem Electronic Fuel Injection (EFI) ini sebenarnya masih lagi bagus, di mana menurut Perodua tahap ekonomi bahan apinya adalah lebih menjimatkan berbanding model Myvi sebelumnya. Semua itu disumbangkan oleh faktor rekabentuk Myvi baru yang lebih aerodinamik dan bersaiz lebih kompak. Kapasiti tangki minyak pula boleh diisi maksimum 40 liter, lebih dari cukup untuk perjalanan yang agak jauh.

Sistem brek tiada sebarang perubahan, masih mengekalkan brek cakera di depan dan brek drum di belakang. Cuma saya berharap tahap pemberhentian Perodua Myvi baharu ini terutamanya untuk versi high-line Elegance, daya cengkaman breknya lebih baik dan streng tidak akan bergegar apabila dibrek dengan kuat dan secara tiba-tiba. Sistem suspensi seperti yang ditulis di dalam brochure adalah seperti berikut ; Front – MacPherson Strut with coil spring; Rear – Torsion Beam with coil spring. Apa pun, saya merasa selesa dengan Myvi lama, jadi sudah pasti Myvi Elegance akan memberikan perasaan yang sama (atau mungkin lebih baik).

Masih lagi di bahagian luaran (exterior), antara perubahan utama yang dapat dikesan sekilas pandang ialah lampu utama di depan. Kali ini lampu utama dilengkapi lampu jenis projektor dan rekabentuknya bagi saya sangat menarik dan sporty. Ianya juga tersedia lampu kabus di bahagian bampar di bawah lampu utama. Cermin sisi menampilkan teknologi terbaru untuk model Myvi, apabila ia kini boleh dilipat secara elektronik, juga tersedia lampu isyarat untuk membelok.

Antara yang terbaru pada Myvi Elegance ini merupakan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) untuk semua cermin. Menurut Perodua, ianya memberikan perlindungan dari sinar Infra Red, Visible Light (VL) dan Ultra Violet (UV) dengan berkesan, di samping memberikan lebih perlindungan dan suasana di dalam kabin lebih nyaman.

Antara ciri-ciri lain di bahagian luaran Perodua Myvi Elegance seperti pemegang pintu di bahagian luar dengan warna krom, spoiler belakang bergaya, kombinasi lampu belakang menarik dengan rekaan baru, skirting depan, tepi dan belakang, ‘side door moulding’ di sisi pintu, dan tiang pillar diwarnakan hitam untuk gaya lebih sporty. Tidak dilupakan rim aloi bersaiz 14 inci disaluti tayar dari siri 175/65 R14. Bagi saya bahagian luaran Myvi Elegance sangat bergaya, sporty dan menampilkan ciri-ciri lebih maskulin.

Menyentuh bahagian dalam (interior) seperti mana yang diwar-warkan oleh Perodua sebagai ciri utama yang bakal menarik minat pembeli, papan pemuka kini berwajah baru dengan rekaan lebih menarik dan mempunyai dua tona warna. Versi automatik memperlihatkan tuil gear diletakkan pada posisi di papan pemuka dan dilengkapi butang pelepasan dan kunci (Dash-mounted Gear Shift & Shift Lock Release Button).

Kedudukan tuil gear bagi versi manual masih sama seperti model Myvi lama, namun apa yang saya rasa agak ‘kurang’ ialah apabila ruang kosong di bahagian gear untuk versi automatik telah dikosongkan untuk versi manual. Bagi saya adalah lebih ‘cantik’ jika ruang tersebut ditutup sepenuhnya, atau diisi dengan peralatan lain. Mungkin Perodua ada sebab-sebab tertentu, atau ruang kosong itu sendiri ada fungsinya yang tersendiri.

Bahagian paling menarik sudah pastinya di bahagian meter dengan gaya baru hasil kombinasi meter optitron dengan kesan 3D. Warna biru kehijauan yang dipaparkan terang terasa amat sesuai sekali bagi meninggalkan kesan pandangan yang menyenangkan, terutamanya apabila memandu di waktu malam. Nasib baik Perodua tidak melakukan uji kaji dengan meletakkan meter speedometer di tengah-tengah papan pemuka seperti Toyota Vios, jadi posisi dan rekaan konsol tengah kali ini bagi saya lebih menarik berbanding model Myvi terdahulu.

Harga paling terbaru yang saya perolehi tadi untuk Perodua Myvi Elegance seperti berikut ;

1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00 2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00 3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00 4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00


Kunjungilah bilik pameran PERODUA yang berdekatan dengan anda sekarang untuk tempahan!