Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Monday, August 29, 2011

SALAM AIDILFITRI 2011 DARI PROTONCLUB

Assalamualaikum, saya mewakili kru ProtonCLUB ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN dan ada salah dan silap selama dalam berblogging ini, kami pihak ProtonCLUB menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat anda semua.



Akhir kata dari kami, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT. Ingatlah masih ada yang menanti kepulangan anda... =)~

Wednesday, August 24, 2011

KAWASAN SPEED TRAP RAYA 2011

Kepada semua sahabat dan pelawat blog ProtonCLUB, saya nak kongsikan dengan anda semua antara tempat-tempat panas atau kawasan perangkap kelajuan (speed trap) yang akan dibuat bagi menyambut perayaan tahun 2011 adalah seperti berikut.



KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)



Plus Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak



Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi



NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam



Jaga-jaga



KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ



JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)

6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)

7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang



Akhir kata dari saya, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DAN INGATLAH ORANG TERSAYANG. KELAJUAN ITU MEMBUNUH! SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami ProtonCLUB.

Saturday, May 21, 2011

DRAG RACE DI MELAKA 2011

Just nak update sedikit, saya terlupa dan memang tak tau ape yang difikirkan sampaikan terlupa nak bawa kamera masa pergi tengok Sprint Test kereta di jalan Eye On Malaysia, Melaka malam tadi. Pengunjung yang datang memang ramai dan ada juga yang curi masuk ke tempat kereta berlumba. Ini boleh mendatangkan bahaya pada mereka walaupun pihak urusetia sudah cuba untuk menghalang mereka.

Penyertaan semalam rata-rata dari semenanjung Malaysia antaranya dari Kedah, Johor, Perlis dan sebagainya. Team dari Melaka pun ada hantar juga tapi aku tak pasti nama team tu. Yang pasti bayaran masuk adalah RM 5 seorang, huhuhuhu... Antara kategori yang dipertandingkan adalah kategori 1.8 cc, kategori V-tech, dan kategori Turbo yang berakhir lewat malam semalam.

Kami pun tak sempat nak tengok sampai habis sebab takde kerusi, kena berdiri dan penat berjalan kaki sejauh 2KM sebab park kereta jauh sangat. So kami pun balik........ Sekian sedikit laporan dari ProtonClub Blog.

Wednesday, May 18, 2011

MUGEN HONDA CRZ HYBRID 2011

Gempak! Itulah yang dapat saya ungkapkan mengenai gambar terbaru yang diperolehi, gambar tersebut adalah gambar sebuah kereta Honda CRZ dan gambar ini adalah gambar rasmi kereta ini. Ujian awal dalam bentuk prototaip untuk kereta ini telah dimulakan dengan memberikan kelajuan dari 0 - 60 mph dari Honda Civic Type R.

Setelah lebih 15% peningkatan kuasa diberikan pada peringkat awal (stage 1), mereka juga telah mengurangkan berat enjin berkenaa sebanyak 50kg, kereta ini mampu memecut dengan lancar dengan kuasa superchargenya.

Kereta ini juga dilengkapi dengan tiga mod memandu iaitu dari mod biasa, pertengahan (ekonomi) dan yang terakhir adalah mod pecutan dimana kuasa supercharge akan digunakan sepenuhnya. Tahniah buat team Honda ~

Wednesday, March 9, 2011

NEW DESIGN OF PERODUA MYVI 2011 SPOTTED


Kalau Proton sibuk dengan rekaan Facelift mereka, kini Perodua pula tampil dengan rekaan terbaru yang dikatakan akan menggantikan model terlaris masa kini di Malaysia iaitu Perodua Myvi. Ini adalah gambar yang berjaya dirakamkan oleh detektif khas. Menurut sumber, gambar ini dirakamkan berdekatan dengan Sungai Besi, Kuala Lumpur. kemungkinan besar ianya akan menggegarkan pasaran automotif tempatan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, rekaan di bahagian dalam kereta ini masih tidak dapat dirakamkan, mungkin dikeluaran akan datang saya akan postkan artikel mengenai ciri2 yang ditambahbaik dalam Perodua Myvi 2011 ini.

Monday, January 17, 2011

PROTON 'DERMA' KERETA RASMI UNTUK LE TOUR DE LANGKAWI

Proton meneruskan tajaannya kali ini iaitu untuk aksi basikal LTDL bagi tahun 2011. Dalam gambar tu korang boleh tengok antara kereta yang disumbangkan oleh Proton sebagai kereta rasmi LTDL 2011 adalah Proton Exora dan Proton Inspira dan mungkin ada lagi kereta lain kot.. Menurut sumber, Proton Holdings menaja sebanyak 160 buah kenderaan rasmi bagi LTDL 2011 ini. Syok kalau ada orang taja ni kan, tapi Proton buat semua ni mungkin salah satu bentuk strategi kot...

Tuesday, January 11, 2011

KIA KV7 CONCEPT DENGAN CIRI MODEN


GEMPAK! Kereta seperti kapal terbang, ruang dalamannya diterapkan ciri2 moden dan kemewahan adalah salah satu prototaip dari KIA Motors. Cuba lihat rekaan dalamannya memang unik dan penuh dengan ciri2 keselesaan. Ia adalah sejenis MPV keluaran KIA yang akan dipamerkan di Detroit Auto Show 2011 nanti.

Thursday, September 9, 2010

F1 2011 STARTED WITH NO NEW TEAM

Looks like there won’t be a 13th team on next year’s F1 grid after all. This is after the sport’s governing body announced that none of the parties bidding for the slot vacated by USF1 have met its requirements.

“Following the press release of 19 March 2010 calling for expressions of interest to participate in the 2011 and 2012 seasons of the FIA Formula One World Championship, a number of interested parties expressed their interest. It was considered that none of the candidates met the requirements to be granted an entry into the championship. Consequently, the allocation of the 13th team will not be granted,” the FIA World Motor Sport Council statement read.

Since March, there were a number of interested parties. Some withdrew halfway (GP2 regulars ART and US based Cypher Group) to leave Epsilon Euskadi and Villeneuve Racing in the chase. The former was rejected a year ago while the latter is a partnership between 1997 world champion Jacques Villeneuve and Italian ex-GP2 team Durango.

They haven’t fully given up though; Villeneuve is reported to be considering purchasing an existing team. “Of course it’s disappointing, but we just shift the focus now and turn our attention to alternatives,” he said.