Showing posts with label ALZA. Show all posts
Showing posts with label ALZA. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

PERODUA ALZA EDISI KHAS DIPERKENAL

Hanya 500 unit dikeluar peringati jasa Tun Dr Mahathir

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melancarkan Alza edisi khas yang menampilkan kemasan dan perincian lebih mewah dan eksklusif.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Alza edisi khas yang akan dikenali sebagai ‘M2 Special Edition’ itu dikeluarkan sempena memperingati jasa dan sumbangan besar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penubuhan PERODUA. Beliau berkata, sebagai edisi khas, hanya 500 unit akan ditawarkan dengan pengeluarannya dijangka dibuat seawal Mei ini. “Secara keseluruhannya Alza M2 Special Edition itu nanti akan diberi sentuhan dan perincian baru lebih mewah lagi eksklusif.

“Bagi menambahkan lagi ketrampilan mewah dan eksklusif, kenderaan serba guna (MPV) itu akan turut diperkemaskan dengan perincian tambahan seperti jahitan baru pada tempat duduk, selain dikeluarkan hanya dalam satu warna saja iaitu ‘midnight blue’ yang anggun.

“Nama M2 Special Edition pula akan tertera pada emblem di bahagian belakang dan pada tempat duduk.” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Aminar Rashid berkata, pihaknya belum lagi menetapkan harga bagi Alza M2 Special Edition, tetapi membayangkan ia akan berasaskan kepada harga Alza Advance Version. Harga pasaran Alza Advance Version ialah RM69,900 seunit.
Beliau berkata, PERODUA akan menyumbang RM1,000 daripada setiap unit dijual, atau RM500,000 daripada keseluruhan jualan 500 unit M2 Special Edition itu kepada Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menyokong usaha murni diperjuangkan yayasan berkenaan.

“Jika ada pembeli yang mahu membelinya pada harga lebih mahal daripada ditetapkan, lebihan harga itu akan kami salurkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana,” katanya sambil menambah harga jualan bagi M2 Special Edition itu akan dikeluarkan dua minggu lagi.

Semalam Tun Dr Mahathir yang mencetuskan wawasan penubuhan PERODUA melawat kilang pengeluar kereta nasional kedua itu di Sungai Choh, Selangor. Lawatan terakhir beliau ke kilang itu ialah lebih 10 tahun.

Tun Dr Mahathir disambut kaki tangan Perodua termasuk Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanannya.

Sempena lawatan itu, PERODUA menghadiahkan seunit Alza dengan nombor plet 2020 kepada Tun Dr Mahathir, bagi mencerminkan wawasan 2020 yang dicetuskan beliau.

Friday, November 12, 2010

PERODUA OPTIMIS LANCARKAN MODEL BARU

Perodua optimis model baru penuhi keperluan warga muda kota

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan Viva Elite edisi ekslusif (VEE), dengan sasaran 600 unit dijual setiap bulan.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, sambutan hangat terhadap Viva Elite dengan jualan mencecah 24,000 unit daripada 58,000 jumlah keseluruhan model Viva yang dilancarkan sejak 2007, menjadi pendorong utama kelahiran VEE.

Menurutnya, VEE berharga RM42,000 di atas jalan raya dan ditampilkan dengan warna ungu anggun baru, disasarkan kepada golongan muda di bandar.

Secara keseluruhan, jualan kenderaan Perodua didahului oleh MyVi dengan purata 41 hingga 42 peratus, diikuti Viva (37), dan Alza (22).

“Permintaan MyVi begitu menggalakkan setiap masa dan muncul sebagai model paling laris dengan jumlah jualan mencecah 64,000 unit bagi tempoh pertama hingga 10 bulan tahun ini,” katanya selepas melancarkan model VEE dan Pusat Servis cawangan Puchong, Selangor.

Beliau berkata, berdasarkan sambutan dan permintaan pengguna, Perodua yakin semua model kenderaan keluarannya mampu dijual dengan jumlah 185,000 melebihi 176,000 seperti disasarkan sehingga akhir tahun ini.

Selaras mencapai peningkatan di luar jangkaan itu, Perodua akan mengorak langkah untuk mencari pasaran baru bagi kenderaan keluarannya.

“Kami akan meneroka pasaran luar yang mempunyai tahap keselamatan dan persamaan pemanduan di sebelah kanan seperti Vietnam, Thailand, Kemboja, Afrika Selatan, selain China dan India yang juga mempunyai potensi besar,” katanya.

Sebagai perancangan masa depan, Aminar berkata, Perodua akan menggunakan pelaburan modal sebanyak RM120 juta untuk proses menaikkan taraf, manakala RM220 juta hingga RM250 juta untuk membuka pusat perkhidmatan dan jualan.

“Setakat ini kami mempunyai 180 pusat jualan dan 170 pusat servis. Sepanjang 10 bulan pertama tahun ini, pusat servis itu menerima 1.39 juta kenderaan berkurangan daripada 1.37 juta perkhidmatan bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Friday, January 15, 2010

PROTON EXORA VS. PERODUA ALZA

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Pembelian kereta baru sebagai menggantikan kereta yang dibeli bagi tempoh antara tahun 2003 hingga 2005 menjadi salah satu faktor pertumbuhan penjualan kenderaan pada tahun ini.
Frost & Sullivan mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) mencapai 555,000 buah atau pertumbuhan 4.5 peratus itu, sambil menggariskan pelancaran model baru, kadar faedah yang rendah, pemulihan ekonomi serta pembeli daripada golongan muda sebagai penyumbang kepada pertumbuhan tersebut.
Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan Frost & Sullivan (Asia Pasifik), Kavan Mukhtyar berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) dijangka mencatatkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 12.7 peratus, dengan penjualan 68,000 buah yang menyaksikan persaingan sengit antara Proton Exora dan Perodua Alza.
''Pembeli berpotensi yang menangguhkan pembelian pada tahun lalu juga dijangka menggantikan kereta mereka pada tahun ini kerana keadaan ekonomi yang lebih baik,'' katanya.
Beliau yang juga Rakan Kongsi Frost & Sullivan menyatakan demikian ketika membentangkan tinjauan industri automotif Malaysia 2010 di sini, hari ini.
Pada tahun lalu industri automotif tempatan diramal mencatatkan TIV sebanyak 531,000 buah.
Kereta penumpang dijangka mencatatkan pertumbuhan paling perlahan tahun ini dengan 3.2 peratus berbanding tahun lalu berikutan kekurangan model baru selain pembeli lebih cenderung memiliki MPV. bagaimanapun, ia kekal menjadi penyumbang terbesar kepada penjualan kenderaan dengan menguasai 75.3 peratus daripada TIV.
Menurut Kavan, pelancaran Perodua Alza, Kia Forte, model baru Proton, Proton Persona yang dipertingkatkan serta beberapa model baru Nissan, Kia, Peugeot dan Audi turut membantu menjana penjualan kenderaan pada tahun ini.
Tambah beliau, golongan muda akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan penjualan kenderaan untuk jangka masa panjang selain bilangan pembeli kereta untuk kali pertama yang dijangka meningkat bagi tempoh beberapa tahun akan datang.
Sementara itu, Kavan memberitahu, Proton berjaya meningkatkan penguasaan pasaran sebanyak 1.9 peratus pada tahun lalu berikutan pelancaran Proton Exora.
''Bagaimanapun, Perodua terus mengekalkan kedudukan nombor satu pembuat kereta utama Malaysia pada 2009 dengan jangkaan penguasaan sebanyak 33.4 peratus diikuti rapat oleh Proton sebanyak 30.4 peratus,'' jelasnya.
Tambah beliau, bagi segmen kereta bukan nasional, penguasaan pasaran Toyota dijangka berkurangan sebanyak empat peratus kepada 13.6 peratus pada 2009 berikutan persaingan sengit dalam segmen MPV dan kereta penumpang bersaiz sederhana.
Katanya, penguasaan pasaran Honda tumbuh sebanyak 1.6 peratus kepada 8.1 peratus ekoran pelancaran Honda City baru untuk tempoh tersebut.

Sumber

Thursday, November 19, 2009

THE NEW PERODUA MPZ: PERODUA ALZA




Here is the new PERODUA MPV is release now, that is PERODUA ALZA. What do u think about the name? I think this PERODUA ALZA will give a fight with PROTON EXORA. The price also same with PROTON EXORA, around RM 65,000 to RM 70,000+ I think. For more details you can see at PERODUA ALZA website. This PERODUA ALZA is open for book now and it is AMAZING MPV!