Showing posts with label Perodua MyVi 2011. Show all posts
Showing posts with label Perodua MyVi 2011. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

DAIHATSU SIRION KLON MYVI 2011

DAIHATSU telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan jenama Daihatsu Sirion untuk di eksport ke Indonesia. Rekaan ini diambil daripada Perodua Myvi 2011 yang dijual di Malaysia.

Gambar di atas dirakam oleh salah seorang peminat kereta tempatan. Gambar di ambil di highway Malaysia dan mungkin ia akan dihantar ke pelabuhan untuk di eksport ke Indonesia. Jadi kesimpulannya, Perodua Myvi dikenali sebagai Daihatsu Sirion di Indonesia. Ini bukan kali pertama jenama Perodua dijual dengan jenama Daihatsu di Indonesia tetapi kereta Perodua Myvi keluaran pertama dahulu pun menggunakan jenama Daihatsu apabila ia di eksport ke luar negara.

Saturday, June 18, 2011

PERODUA MYVI 2011 PANEL DEMO


Memang hot item lah Perodua Myvi 2011 ni. Ramai betul visitor masuk ke blog ProtonClub ini dengan tagline Perodua Myvi baru 2011. Jadi kami akan bongkarkan kepada anda sedikit demi sedikit maklumat mengenai Perodua Myvi terbaru keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Kedua (PERODUA) ini. Diatas adalah video bagaimana panel bahagian hadapan kereta ini berfungsi, mari kita lihat.

Friday, June 17, 2011

PERBEZAAN PERODUA MYVI LAMA DAN BARU

Nampaknya ramai yang tertunggu-tunggu bagaimana rupa sebenar Perodua Myvi 2011 ini yang bakal menggantikan Perodua Myvi yang ada dipasaran pada masa ini. Jadi tanpa membuang masa lagi mari kita lihat apakah perbezaan diantara Perodua Myvi lama dan Perodua Myvi baru 2011 ini.






Apa yang dapat saya rumuskan ialah bentuk Perodua Myvi baru 2011 ini nampak lebih kecil berbanding Perodua Myvi yang lama yang lebih kembang. Dari segi rekabentuk pula, ianya nampak lebih moden dengan sentuhan dalaman yang nampak seperti kereta mewah kerana dilengkapi skrin lcd. Kami akan bongkarkan lagi beberapa maklumat mengenai kekuatan enjin untuk Perodua Myvi baru 2011 ini, nantikan....

Monday, June 6, 2011

GAMBAR PERODUA MYVI 1.5 2011 ATAS TRAILER

Gambar ini berjaya dirakam oleh salah seorang rakan dari blog sebelah. Beberapa buah kereta jenis Perodua Myvi 2011 dalam perjalanan untuk dihantar kepada cawangan Perodua. Tak lama lagi anda dapat lihat kereta ini di bilik pameran Perodua berdekatan anda ;)

Friday, June 3, 2011

GAMBAR LUAR DAN DALAM PERODUA MYVI BARU 2011

Gambar di atas menunjukkan rekaan dalaman (interior) bagi kereta Perodua Myvi baru 2011. Memang nampak mewah dan versetil kerana rekaannya terkini seperti kereta import. Anda boleh lihat paparan skrin ditengah.

Versi yang ini pula mungkin bukan dari jenis high spec kerana paparan skrin tiada tetapi ia digantikan dengan butang untuk kawalan. Begitu juga warna lampu pada meter juga dapat dilihat menggunakan warna oren sahaja.

Gambar dirakam menggunakan kamera handset jadi ia agak kabur sedikit namun ini adalah gambar paparan skrin Perodua Myvi baru 2011 dari jarak dekat.

Ini pula gambar Perodua Myvi baru 2011 dengan kawalan butang.

Monday, April 11, 2011

PERODUA MYVI 1.3 & 1.5 LAUNCH?

Ini merupakan laporan yang memberikan lebih banyak info berkenaan pelancaran Perodua Myvi generasi kedua yang dijangka dilancarkan pada tahun ini. Menurut laporan akhbar Harian Metro hari ini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter dan 1.5 liter. Myvi baru versi 1.3 liter akan dilancarkan pada Mei ini manakala versi 1.5 pada Julai atau September depan. Beberapa perubahan besar telah dilakukan oleh Perodua terhadap Myvi 2011 yang membabitkan ruang dalaman (interior) dan luaran (exterior) berbanding model sedia ada, antaranya papan pemuka (dashboard) serba baru, reka bentuk lampu depan dan belakang baru, serta bampar depan dan belakang berwajah baru lebih sporty. Berbanding varian 1.3 liter, varian 1.5 liter bukan saja menawarkan enjin lebih berkuasa malah rekaan luaran lebih sporty dan bergaya. Menurut Perodua, beberapa jenis varian ditawarkan untuk model terbaru ini membabitkan transmisi automatik dan manual. Antara perbezaan ketara antara versi manual dan automatik ialah tuil gear automatik berada di atas dashboard (sama seperti Perodua Alza automatik) berbanding tuil gear manual yang masih di kedudukan bawah (lantai). Perubahan Myvi baru ini juga membabitkan saiznya yang dikecilkan sedikit berbanding model sekarang dan kusyen tempat duduk ditebalkan untuk lebih keselesaan penumpang. Harga bagi Perodua Myvi baru akan diumumkan oleh pihak Perodua sedikit masa lagi setelah mendapat kelulusan pihak kerajaan. Harga untuk versi 1.3 liter mahal sedikit daripada harga model sekarang, manakala versi 1.5 liter pula dijangka lebih rendah daripada model Perodua Alza. Perodua memaklumkan bahawa enjin 1.5 liter yang digunakan pada Myvi 1.5 merupakan enjin yang sama digunakan pada model Alza, menjadikannya lebih berkuasa dan menjimatkan penggunaan minyak. Perodua Myvi 2011 baru akan dimulakan pengeluarannya pada Mei di kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang selepas pengeluaran bagi model sekarang dihentikan akhir bulan ini. Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dilaporkan berkata sebelum ini, model baru kereta kompak yang bakal diperkenalkan itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris sedia ada iaitu Myvi, Alza dan Viva. Sama ada benar atau tidak kenyataan penuh yakin itu, Perodua mempunyai alasan yang kukuh untuk mencipta satu lagi rekod dalam sejarah industri automotif negara bermula Mei depan.


p/s: Sekarang kereta Perodua Myvi memang lebih luas tetapi untuk keluaran 2011, ianya akan dikecilkan sedikit. Apakah penyebab utama ianya dikecilkan? Adakah untuk menjimatkan kos atau kecil lebih sporty???