Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Saturday, September 22, 2012
KAWASAN PANAS KAMERA AES DI SEKITAR MALAYSIA
Penguatkuasaan kamera automatik AES telahpun dikuatkuasakan. Ianya telah bermula pada 12.00 tgh malam semalam. Dan diantara lokasi panas yang diletakkan kamera perangkap had laju automatik AES ini adalah seperti dibawah.
Jadi selepas ini anda perlu berhati-hati kerana keupayaan kamera ini adalah sangat hebat dan telahpun digunapakai di Negara-negara barat khususnya.
Labels:
AES Camera,
Berita,
JPJ,
malaysia,
Speed trap,
summon,
Zon Had Laju
Monday, April 11, 2011
MENTERI NAFI HARGA RON 95, DIESEL AKAN NAIK DI SARAWAK
Dakwaan pembangkang bahawa harga minyak petrol RON 95 dan diesel yang dijual di Sarawak naik adalah tidak benar dan ia dibuat hanya untuk mengelirukan rakyat terutama di luar bandar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya biarpun harga minyak dunia naik tetapi kerajaan masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat. Beliau berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM0.84 seliter bagi minyak petrol RON 95 dan RM1.04 seliter untuk minyak diesel. "Kepada rakyat, ini adalah dakyah palsu untuk mengelirukan mereka. Mereka (parti pembangkang) datang ke negeri ini menyatakan semua harga minyak naik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid di Kuching hari ini. Ismail Sabri berkata harga minyak petrol dan diesel di negara ini dikawal oleh kerajaan bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat. Katanya hanya harga minyak petrol RON 97 naik tetapi ia hanya digunakan oleh kenderaan berkuasa besar dan di negeri ini tidak sampai 10 peratus dijual di stesen minyak di kawasan bandar iaitu di sini, Miri dan Sibu. Ismail Sabri berkata pada masa sekarang saudagar mimpi iaitu parti pembangkang sedang meniagakan "janji bulan dan bintang" kepada rakyat di negeri ini. "Tetapi rakyat negeri ini perlu sedar dan lihat rekod pencapaian kerajaan yang memerintah hari ini dan membandingkan negeri yang diperintah oleh saudagar mimpi itu yang semuanya negeri mereka tidak mampu menunaikan segala janji yang dibuat sewaktu pilihan raya," katanya. Sumber oleh Bernama
Wednesday, January 12, 2011
PERODUA KEKAL TEMPAT PERTAMA DI MALAYSIA
RAWANG: Perodua mengekalkan kedudukannya untuk tahun kelima berturut-turut di kalangan syarikat kereta di Malaysia apabila meningkat 13 peratus dan rekod jualan 188,600 unit tahun lalu dengan model MyVI muncul sebagai model jualan terlaris.Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata dalam proses itu, ia menguasai 31.2 peratus kepentingan pasaran kereta negara.
"Jualan tahun lepas didorong oleh permintaan menggalakkan untuk kereta kompak mampu milik berbanding 166,700 unit yang dijual pada 2009," katanya.
Beliau berkata, jualan rekod syarikat sebelumnya iaitu 176,400 unit dan penguasaan pasaran 30.5 peratus telah dicapai pada 2008.
"Kami memecahkan dua rekod pada 2010 -- pertama dengan jualan tahunan tertinggi pernah dicatatkan dan Disember lepas, Perodua mencapai pendaftaran jualan bulanan tertinggi sebanyak 19,400 unit, mengatasi rekod sebelum ini 18,500 pada Mac 2010," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, MyVI muncul sebagai model paling laris di Malaysia tahun lalu dengan 77,700 unit dijual, ALZA kenderaan pelbagai guna paling laris dengan jualan 42,000 unit sementara Viva mencatatkan jualan 69,000 unit.
"Buku tempahan kami kekal menggalakkan dan kami yakin dapat mengekalkan momentum itu tahun ini," katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar, Aminar berkata, Perodua mensasar menjual 195,000 unit kenderaan tahun ini, dipacu oleh jualan MyVI, ALZA dan Viva.
"elancaran model baharu tahun ini akan turut merancakkan jualan," katanya.
Menyentuh tinjauan masa depan industri, beliau berkata, jumlah industri untuk tahun ini sama ada tidak akan berubah, atau meningkat sedikit daripada anggaran 605,000 unit yang dijual pada 2010.
"Tahun lepas merupakan tahun yang baik untuk kebanyakan syarikat pengeluar dan tahun ini, kami menjangkakan sama ada ia mendatar ataupun meningkat sedikit," kata beliau.
Sumber: BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)


