Showing posts with label Diesel. Show all posts
Showing posts with label Diesel. Show all posts

Monday, April 11, 2011

MENTERI NAFI HARGA RON 95, DIESEL AKAN NAIK DI SARAWAK

Dakwaan pembangkang bahawa harga minyak petrol RON 95 dan diesel yang dijual di Sarawak naik adalah tidak benar dan ia dibuat hanya untuk mengelirukan rakyat terutama di luar bandar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya biarpun harga minyak dunia naik tetapi kerajaan masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat. Beliau berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM0.84 seliter bagi minyak petrol RON 95 dan RM1.04 seliter untuk minyak diesel. "Kepada rakyat, ini adalah dakyah palsu untuk mengelirukan mereka. Mereka (parti pembangkang) datang ke negeri ini menyatakan semua harga minyak naik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid di Kuching hari ini. Ismail Sabri berkata harga minyak petrol dan diesel di negara ini dikawal oleh kerajaan bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat. Katanya hanya harga minyak petrol RON 97 naik tetapi ia hanya digunakan oleh kenderaan berkuasa besar dan di negeri ini tidak sampai 10 peratus dijual di stesen minyak di kawasan bandar iaitu di sini, Miri dan Sibu. Ismail Sabri berkata pada masa sekarang saudagar mimpi iaitu parti pembangkang sedang meniagakan "janji bulan dan bintang" kepada rakyat di negeri ini. "Tetapi rakyat negeri ini perlu sedar dan lihat rekod pencapaian kerajaan yang memerintah hari ini dan membandingkan negeri yang diperintah oleh saudagar mimpi itu yang semuanya negeri mereka tidak mampu menunaikan segala janji yang dibuat sewaktu pilihan raya," katanya. Sumber oleh Bernama

Friday, December 3, 2010

RON 95, DIESEL NAIK 5 SEN DAN GULA NAIK 25 SEN

Saje nak khabarkan berita ni pada semua, mulai 4/12/2010 adalah hari kenaikan berganda iaitu dengan kenaikan 5sen lg untuk petrol RON 95 dan juga Diesel menjadikan RON 95 berharga RM1.90 seliter dan Diesel pula RM1.80 seliter. Manakala gula pula akan naik sebanyak 25 sen sekilo. Kalau minyak dah naik, memang barang makanan suma dan lain2 akan naik juga. Parah...