Showing posts with label Ron 95. Show all posts
Showing posts with label Ron 95. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

HARGA PETROL RON 95 AKAN DI SEMAK SEMULA

Adakah harga RON 95 akan naik? Besar kemungkinan harga petrol RON 95 akan dinaikkan dan berkemungkinan juga harganya akan kekal bergantung pada kekukuhan kewangan kerajaan. Namun begitu, sejauh mana relevannya harga petrol di Malaysia sedangkan kita sebagai negara pengeluar minyak mampu memberi lebih subsidi kepada rakyat. Dimanakah slogan 1Malaysia Rakyat diUtamakan?

Namun begitu, Menteri Pertahanan kita Datuk Zahid Hamidi meminta kerajaan supaya mengkaji juga kemampuan rakyat sebelum mengambil keputusan menaikkan harga petrol. Bagi saya harga petrol ini tidak mungkin diturunkan tetapi ia mungkin akan dinaikkan. Sama-sama kita nantikan saat gembira ini. Berdasarkan maklumat diberi, harganya akan disemak pada Jun ini.

Monday, April 11, 2011

MENTERI NAFI HARGA RON 95, DIESEL AKAN NAIK DI SARAWAK

Dakwaan pembangkang bahawa harga minyak petrol RON 95 dan diesel yang dijual di Sarawak naik adalah tidak benar dan ia dibuat hanya untuk mengelirukan rakyat terutama di luar bandar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya biarpun harga minyak dunia naik tetapi kerajaan masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat. Beliau berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM0.84 seliter bagi minyak petrol RON 95 dan RM1.04 seliter untuk minyak diesel. "Kepada rakyat, ini adalah dakyah palsu untuk mengelirukan mereka. Mereka (parti pembangkang) datang ke negeri ini menyatakan semua harga minyak naik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid di Kuching hari ini. Ismail Sabri berkata harga minyak petrol dan diesel di negara ini dikawal oleh kerajaan bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat. Katanya hanya harga minyak petrol RON 97 naik tetapi ia hanya digunakan oleh kenderaan berkuasa besar dan di negeri ini tidak sampai 10 peratus dijual di stesen minyak di kawasan bandar iaitu di sini, Miri dan Sibu. Ismail Sabri berkata pada masa sekarang saudagar mimpi iaitu parti pembangkang sedang meniagakan "janji bulan dan bintang" kepada rakyat di negeri ini. "Tetapi rakyat negeri ini perlu sedar dan lihat rekod pencapaian kerajaan yang memerintah hari ini dan membandingkan negeri yang diperintah oleh saudagar mimpi itu yang semuanya negeri mereka tidak mampu menunaikan segala janji yang dibuat sewaktu pilihan raya," katanya. Sumber oleh Bernama

Friday, December 3, 2010

RON 95, DIESEL NAIK 5 SEN DAN GULA NAIK 25 SEN

Saje nak khabarkan berita ni pada semua, mulai 4/12/2010 adalah hari kenaikan berganda iaitu dengan kenaikan 5sen lg untuk petrol RON 95 dan juga Diesel menjadikan RON 95 berharga RM1.90 seliter dan Diesel pula RM1.80 seliter. Manakala gula pula akan naik sebanyak 25 sen sekilo. Kalau minyak dah naik, memang barang makanan suma dan lain2 akan naik juga. Parah...

Wednesday, November 3, 2010

HARGA PETROL RON 95 DIJAMIN KEKAL

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberikan jaminan petrol RON 95 tidak terlibat dengan kenaikan RON97 sebanyak 5 sen berkuat kuasa semalam. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 adalah dibuat melalui perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan syarikat pengeluar minyak secara bulanan mengikut pasaran dunia.

“Kita mengapungkan RON97, jadi KPDNKK tidak lagi mengawal dan memberikan subsidi kerana ia tidak digunakan oleh kebanyakan rakyat.

”Jadi rakyat tidak perlu risau dengan kenaikan itu malahan ia melibatkan pasaran minyak dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, RON97 berkemungkinan naik dan turun setiap bulan bergantung penilaian yang dilakukan pihak tertentu. Semalam, kerajaan menaikkan minyak RON97 di pasaran tempatan sebanyak 5 sen menjadikannya kepada RM2.15 disemua tempat serentak.Katanya, kementeriannya hanya memantau kenaikan harga minyak petrol bersubsidi, RON95 dan diesel sahaja.

Wednesday, October 20, 2010

RON 95 PUNCA KEBAKARAN KERETA - UTUSAN

UTUSAN Malaysia semalam menyiarkan satu lagi berita korban kemalangan jalan raya mengakibatkan dua orang terbunuh di Butterworth. Salah seorang daripadanya yang memandu van rentung apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan kenderaan lain.

Minggu lepas satu keluarga enam orang juga rentung selepas berlaku kemalangan di Kampar, Perak. Beberapa minggu sebelum itu, tiga orang pemuda rentung selepas berlaku kemalangan di Kuala Lumpur.

Sepanjang ingatan saya, banyak lagi kejadian yang serupa berlaku akhir-akhir ini. Tentu ada yang tak kena, mengapa berlaku kebakaran kenderaan dalam satu-satu kemalangan? Adakah kenderaan kita sudah tak selamat lagi? Bagaimana dengan pembuatan tangki petrol kenderaan sekarang, adakah dibuat menurut piawaian? Ini semua harus dijawab oleh pembuat-pembuat kenderaan bagi meyakinkan pembeli.

Satu punca yang saya fikir menjadi penyebab semua kejadian ini ialah berlakunya pertukaran minyak petrol kenderaan dari RON92 kepada RON95. RON95 mengandungi octane yang lebih tinggi berbanding RON92.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, dalam jawapannya kepada soalan seorang Senator di Dewan Negara Julai lalu menyatakan, RON95 mengandungi benzene sebanyak lima peratus mengikut spesifikasi EURO 2M. Negara kita adalah negara tropikal yang sentiasa panas berbanding dengan -negara Eropah. Adakah kita ada membuat penyesuaian?

Benzene dalam petrol ialah sebagai octane booster. Saperti yang kita tahu, benzene adalah bahan yang sangat mudah terbakar. Data-data keselamatan bahan atau dalam bahasa Ingerisnya, Material Safety Data Sheet (MSDS) menunjukkan flash point benzene adalah rendah iaitu -11.1 Deg. C (12.0 Deg. F).

Ini menunjukkan jika terdapat spark ketika impak dalam kemalangan, tumpahan petrol akan memudahkan kenderaan terbakar.

Walaupun Timbalan Menteri sudah memberi jawapan kepada persoalan ini, tiada salahnya satu kajian dibuat oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama syarikat minyak bagi menentukan keselamatan pengguna. Apabila ia berlaku terlalu kerap sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Esa Adam

Bandar Sunway, Selangor

P/S: Aku pun sedikit sebanyak bersetuju dengan pendapat ini kerana kita boleh tengok dulu sebelum ada RON 95 ramai guna RON 97, jarang la dengar kes kemalangan yang akan terbakar tapi kali ni KEBANYAKKANNYA bila kemalangan je akan terbakar rentung! Fikir2kan lah... Mana yang terbaik utk anda... Harap kerajaan boleh bagi penjelasan berkenaan isu ini.