Showing posts with label Drag. Show all posts
Showing posts with label Drag. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

FUHH! FERRARI SUPERAMERICA 45 (GAMBAR & VIDEO)

Inilah satu-satunya kereta yang direka hanya untuk 1 keluaran dan bukan untuk dijual. Siapa tak kenal model atau badan permotoran dunia yang ternama iaitu Ferrari. Ferrari telah mereka sebuah kereta yang diberi nama Ferrari Superamerica 45, ianya adalah projek istimewa yang dijalankan oleh Ferrari team berdasarkan 599 GTB Fiorano.

Kereta ini juga direka untuk lebih pick up dan ia sememangnya sebuah kereta yang laju dan istimewa. Dibawah ada sedikit video berkenaan kereta ini.


Saturday, May 21, 2011

DRAG RACE DI MELAKA 2011

Just nak update sedikit, saya terlupa dan memang tak tau ape yang difikirkan sampaikan terlupa nak bawa kamera masa pergi tengok Sprint Test kereta di jalan Eye On Malaysia, Melaka malam tadi. Pengunjung yang datang memang ramai dan ada juga yang curi masuk ke tempat kereta berlumba. Ini boleh mendatangkan bahaya pada mereka walaupun pihak urusetia sudah cuba untuk menghalang mereka.

Penyertaan semalam rata-rata dari semenanjung Malaysia antaranya dari Kedah, Johor, Perlis dan sebagainya. Team dari Melaka pun ada hantar juga tapi aku tak pasti nama team tu. Yang pasti bayaran masuk adalah RM 5 seorang, huhuhuhu... Antara kategori yang dipertandingkan adalah kategori 1.8 cc, kategori V-tech, dan kategori Turbo yang berakhir lewat malam semalam.

Kami pun tak sempat nak tengok sampai habis sebab takde kerusi, kena berdiri dan penat berjalan kaki sejauh 2KM sebab park kereta jauh sangat. So kami pun balik........ Sekian sedikit laporan dari ProtonClub Blog.