Showing posts with label Sport Cars. Show all posts
Showing posts with label Sport Cars. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

GENTY AKYLONE SUPERCAR

Sepertimana yang anda lihat, kereta ini adalah salah sebuah model yang dikeluarkan oleh syarikat yang berpangkalan di Perancis iaitu Genty.

Menurut sumber, kereta ini diperkuat dengan enjin v8 4.8L yang berkuasa twin-turbo serta menghasilkan 1000hp dan 1200Nm tork. Untuk mencapai kelajuan 100 km/h, kereta ini hanya mengambil masa 2.7 saat sahaja!!! Kereta ini mampu mencapai kelajuan maksima 350 km/j...

Sungguhpun kereta jenama ini tidak dikenali atau kurang populariti jika hendak dibandingkan dengan jenama lain seperti Bugatti Veyron, Ferrari dan sebagainya namun kereta ini dilihat mampu bersaing dengan jenama besar lain.

Anda boleh lihat video dibawah ini

Saturday, July 16, 2011

AUDI R8 PUTIH MELEPAK!

Siapa yang tidak kenal jenama kereta sports terkemuka iaitu AUDI. Jenama ini sudah masyhur di seantero dunia dengan kereta-kereta berkonsepkan kemewahan. Mari kita tengok apakah kelebihan kereta ini...

Bahagian hadapan kereta ini nampak kembang dan bonetnya sangat besar dan lebar dengan ruang yang melengkung seolah-olah ianya direka khas untuk berlumba.

Dibahagian belakang pula anda akan dapat lihat enjin kereta tersebut. Ya, memang enjinnya berada dibelakang dan ianya memang benar-benar nampak seperti kereta lumba yang bersedia untuk berlumba bila-bila masa sahaja!

Dengan 414 hp dan 430 Nm tork, ianya mampu memecut sehingga membuatkan anda melekat ditempat duduk pemandu.....

Ini adalah bahagian lampu kereta ini, hanya dengan melihat lampunya sahaja kita sudah dapat mengagak kereta apakah ini... Begitulah serba sedikit info tentang kereta mewah ini.

VOLKSWAGEN GOLF GTI LEBIH SPORTY!

Gambar Volkswagen Golf baru dengan gaya yang lebih menawan dilengkapi dengan lampu xenon dan mampu memecut dengan baik.

Ianya dipadatkan dengan enjin yang boleh mencapai 200 hp dan 260Nm Tork dengan menggunakan enjin TSL 2.0 nya.


Rim 18 inch dengan rekaan seperti corak berbunga serta dipadankan dengan cover brake berwarna merah.

Lampu xenon yang menarik perhatian apabila memakainya. Tampak lebih garang! Mungkin berharga dalam lingkungan RM 200+ ribu...~

Tuesday, May 31, 2011

FUHH! FERRARI SUPERAMERICA 45 (GAMBAR & VIDEO)

Inilah satu-satunya kereta yang direka hanya untuk 1 keluaran dan bukan untuk dijual. Siapa tak kenal model atau badan permotoran dunia yang ternama iaitu Ferrari. Ferrari telah mereka sebuah kereta yang diberi nama Ferrari Superamerica 45, ianya adalah projek istimewa yang dijalankan oleh Ferrari team berdasarkan 599 GTB Fiorano.

Kereta ini juga direka untuk lebih pick up dan ia sememangnya sebuah kereta yang laju dan istimewa. Dibawah ada sedikit video berkenaan kereta ini.


Tuesday, May 10, 2011

JAGUAR POWERED BY C-X75 CONCEPT LAUNCHED

Kini Jaguar C-X75 gah dipersada dunia permotoran dunia. Ianya telah dilancarkan di Paris baru-baru ini dengan kuasa yang begitu menakjubkan, kereta ini mampu memberi saingan kepada keluaran Buggati Veyron.

Menurut sumber dari UK Auto, kereta ini menggunakan kuasa enjin 1.6 liter 4-silinder dan ia juga mempunyai plug-in kuasa bagi keempat-empat roda dan ia mampu membentuk kuasa sama seperti AWD.

Dengan kelajuan turbo-jet, ia mampu memecut selaju jet pejuang dan pastinya ia akan menjadi kegilaan para peminat kereta sport dari dalam dan juga luar negara.

Sunday, November 21, 2010

ASTON MARTIN RAPIDE LUXE

The £140,000 Aston Martin Rapide not luxurious enough for you? Try the Luxe, a new higher trim level for Aston’s Austrian made “four-door sports car”.

The standard Rapide’s spec list is already very long, but the Luxe adds a choice of exclusive colour options, including Quantum Silver and Concours Blue, bespoke six-piece luggage set that matches the cabin, rear-seat DVD entertainment system with wireless headphones plus glass switchgear and key fob. Also new is the ventilation system, which allows for three temperature settings in the cabin.

The Rapide Luxe is priced around £157,445 (depending on options), which is a £17,000 premium over the standard model. It is powered by a hand-built 6.0-litre V12 with 470 hp and 600 Nm of torque.

Thursday, September 30, 2010

LOTUS KELUARKAN KERETA SPORT BARU






Memang gempak! Lotus mula mengeluarkan kereta2 sport mrk untuk menguasai semula pasaran kereta sport ini. Dengan rekabentuk terbaru dari Lotus ini mampu menyaingi kereta2 mewah lain seperti Ferrari, Lamborghini dan sebagainya. Ianya akan dilancarkan tidak lama lagi. Kereta2 mewah ini dipertontonkan kepada umum di Paris Motor Show.

Wednesday, September 29, 2010

ASTON MARTIN V8 VANTAGE N420 2011



Kereta Austin Martin keluaran terbaru iaitu Vantage N420 akan dilancarkan dipasaran UK tidak lama lagi. Mengikut sumber dipercayai, kereta ini diperkuat dengan enjin 4.7L V8 dengan kuasa maksima sebanyak 420PS (313kW/426PS). Kereta Austin Martin N420 ini boleh mencapai kelajuan 290kph, dan pickup nya pula untuk mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 KM/H selama 4.5 saat! Perghh....kompom laju kete nih.....bila la bleh beli... :S