Showing posts with label Exora. Show all posts
Showing posts with label Exora. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

PROTON EXORA MODIFIED KE LANCER

Para pemilik Proton Exora pada masa kini mungkin dah banyak idea untuk modified kereta MPV kesayangan anda ini. Saya ada terspot gambar Proton Exora yang telah di convert kan rupabentuknya seakan-akan Mitsubishi Lancer.

Gambar diatas adalah beberapa buah Proton Exora yang telahpun dimodifikasikan bentuknya dibahagian hadapan seperti Lancer. Bagaimanapun kos bagi membuat modifikasi ini dianggarkan mencapai harga ribuan ringgit juga.

Tuesday, January 11, 2011

TOP 10 CARS IN THAILAND 2010

Tahniah dan bangga rasa diriku sebab kereta Proton mampu bersaing di Thailand. Mengikut carta dari sumber dipercayai, aku dah senaraikan kereta2 yang paling banyak orang guna di Thailand antaranya adalah Proton Exora...!

Senarai 10 kereta paling banyak digunakan di Thailand:

1. BMW 525d
2. FORD FIESTA 1.6
3. TOYOTA COROLLA 1.8
4. NISSAN MARCH
5. MAZDA CX-9
6. TOYOTA PRIUS
7. LAND ROVER DISCOVERY 4 TDV6
8. VOLVO S60
9. PROTON EXORA
10.VOLKSWAGEN SCIROCCO 2.0T

Thursday, December 2, 2010

PROTON LEKIU ATAU XACTIVE ADALAH SUV MALAYSIA


Kini desas desus mengenai kenderaan SUV dari Proton sudah terjawab. Dengan menggunakan platform Exora MPV, model SUV lima tempat duduk masih lagi dalam peringkat awal. Apa yang kami tahu, enjinnya masih tidak diketahui cuma namanya yang sebenar adalah Proton Xactive.

Saturday, September 4, 2010

PROTON EXORA MC - WARNA BARU 2010

Proton EXORA MC atau lebih dikenali sebagai Proton Exora Minor Change (Perubahan Kecil) adalah satu lagi keluaran Proton untuk meningkatkan pembelian dengan menarik ramai pembeli muda khususnya. Dengan rekaan yang sporty mampu menarik golongan muda memilihnya.

Model Proton Exora MC ini tampak lebih premium dan eksklusif. Lebih bergaya dari rekaan sebelumnya walaupun hanya sedikit penambahan dilakukan. Warna digunakan ialah Plum Red. Pilihan ditangan anda, apa ditunggu lagi?

Harga OTR Proton Exora MC:
  • Proton Exora B-Line MT RM58,998
  • Proton Exora M-Line MT RM65,998
  • Proton Exora M-Line AT RM70,998
  • Proton Exora H-Line AT RM76,998

Friday, January 15, 2010

PROTON EXORA VS. PERODUA ALZA

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Pembelian kereta baru sebagai menggantikan kereta yang dibeli bagi tempoh antara tahun 2003 hingga 2005 menjadi salah satu faktor pertumbuhan penjualan kenderaan pada tahun ini.
Frost & Sullivan mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) mencapai 555,000 buah atau pertumbuhan 4.5 peratus itu, sambil menggariskan pelancaran model baru, kadar faedah yang rendah, pemulihan ekonomi serta pembeli daripada golongan muda sebagai penyumbang kepada pertumbuhan tersebut.
Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan Frost & Sullivan (Asia Pasifik), Kavan Mukhtyar berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) dijangka mencatatkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 12.7 peratus, dengan penjualan 68,000 buah yang menyaksikan persaingan sengit antara Proton Exora dan Perodua Alza.
''Pembeli berpotensi yang menangguhkan pembelian pada tahun lalu juga dijangka menggantikan kereta mereka pada tahun ini kerana keadaan ekonomi yang lebih baik,'' katanya.
Beliau yang juga Rakan Kongsi Frost & Sullivan menyatakan demikian ketika membentangkan tinjauan industri automotif Malaysia 2010 di sini, hari ini.
Pada tahun lalu industri automotif tempatan diramal mencatatkan TIV sebanyak 531,000 buah.
Kereta penumpang dijangka mencatatkan pertumbuhan paling perlahan tahun ini dengan 3.2 peratus berbanding tahun lalu berikutan kekurangan model baru selain pembeli lebih cenderung memiliki MPV. bagaimanapun, ia kekal menjadi penyumbang terbesar kepada penjualan kenderaan dengan menguasai 75.3 peratus daripada TIV.
Menurut Kavan, pelancaran Perodua Alza, Kia Forte, model baru Proton, Proton Persona yang dipertingkatkan serta beberapa model baru Nissan, Kia, Peugeot dan Audi turut membantu menjana penjualan kenderaan pada tahun ini.
Tambah beliau, golongan muda akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan penjualan kenderaan untuk jangka masa panjang selain bilangan pembeli kereta untuk kali pertama yang dijangka meningkat bagi tempoh beberapa tahun akan datang.
Sementara itu, Kavan memberitahu, Proton berjaya meningkatkan penguasaan pasaran sebanyak 1.9 peratus pada tahun lalu berikutan pelancaran Proton Exora.
''Bagaimanapun, Perodua terus mengekalkan kedudukan nombor satu pembuat kereta utama Malaysia pada 2009 dengan jangkaan penguasaan sebanyak 33.4 peratus diikuti rapat oleh Proton sebanyak 30.4 peratus,'' jelasnya.
Tambah beliau, bagi segmen kereta bukan nasional, penguasaan pasaran Toyota dijangka berkurangan sebanyak empat peratus kepada 13.6 peratus pada 2009 berikutan persaingan sengit dalam segmen MPV dan kereta penumpang bersaiz sederhana.
Katanya, penguasaan pasaran Honda tumbuh sebanyak 1.6 peratus kepada 8.1 peratus ekoran pelancaran Honda City baru untuk tempoh tersebut.

Sumber