Showing posts with label Proton Satria Neo. Show all posts
Showing posts with label Proton Satria Neo. Show all posts

Monday, April 11, 2011

PROTON SATRIA NEO R3 SUPERCHARGED

Dah lama tak update tentang Proton Satria Neo ni, tup-tup dah keluar lagi versi baru kali ini dengan teknologi Supercharged! Boleh pergi 180 hp dan 200 Nm !!! Anda boleh lihat gambar dibawah ini.

Bumper hadapan R3


Sticker cover berwarna coklat keperakan sama dengan warna rim.

Sticker Supercharged sebagai penanda bahawa ianya mempunyai kuasa Supercharged.
Pandangan hadapan bumper.


Jika pihak Proton bersetuju untuk memasarkan kereta ini, sudah pasti ia akan menjadi kegilaan anak muda pada masa kini. Lihatlah rekabentuknya yang begitu sporty sekali pasti akan menarik minat generasi ini untuk memilikinya.

Thursday, January 20, 2011

MONTE CARLO RALLY: PROTON SATRIA NEO


Dukacita dimaklumkan bahawa Proton Satria Neo yang memasuki pertandingan rally di Monte Carlo mengalami kerosakan yang misteri dan salah sebuah kereta mengalami kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Nanti kalau ada berita mengenai pasukan Proton di Monte Carlo kami akan update, TQ...

Saturday, January 15, 2011

PROTON SATRIA NEO RALLY DI JAPAN

Khusus bagi peminat sukan rally tempatan, ni ada sedikit gambar kereta buatan Malaysia kebanggaan kita iaitu Proton Satria Neo. Ianya mungkin ada kaitan antara kerjasama antara CUSCO untuk membeli model ini nanti. Bagaimanapun belum dapat diketahui samada ianya untuk dijual atau sebaliknya.

Friday, December 17, 2010

PROTON PERSONA KACUKAN SATRIA NEO


Memang gempak lah kalau korang tengok gambar kat atas ni, Proton Persona dikacukkan dengan Proton Satria Neo. Kereta ni tak launch kat Malaysia tapi ianya hanya dipasarkan di pasaran Arab Saudi sahaja. Lihat pada logo pun dah ditukar pada jenama di Arab. Nama kereta ini adalah Aseelah. Bahagian hadapan adalah menggunakan bentuk Satria Neo manakala dibahagian belakang menggunakan bentuk Persona Elegance baru. Cun jugak ye kacukan yang dibuat ni, pandai gak pak arab ni buat. Apapun aku rasa ini mungkin hasil kerjasama Proton dan syarikat Permotoran di Arab Saudi.

Sunday, October 10, 2010

MASALAH CLOCK SPRING PROTON GEN 2 DAN SATRIA NEO

Kepada semua pemilik kereta Proton Gen 2 dan Proton Satria Neo antara bulan April 2004 sehingga Jun 2008 diminta untuk menghubungi PROTON atas sebab masalah CLOCK SPRING yang di alami. Gangguan ini boleh menyebabkan ancaman keselamatan kepada pengguna kereta berjenama tersebut. Pihak PROTON telah membuat panggilan semula kesemua model ini untuk dibaikpulih. Diminta semua pemilik menghubungi pihak PROTON atau layari website Proton Servises atau hubungi talian 1-300-880-888 untuk sebarang pertanyaan.

UPDATE: Proton says the recall affects a total of 5,836 cars in Malaysia, comprising 4,128 Proton Gen.2 1.6 A/T H-Line and 1,708 Proton Satria Neo 1.6 A/T Hi-Line cars, with auto cruise function.