TAHNIAH buat Pasukan Kelantan FA kerana berjaya merampas kembali Piala Malaysia dari tangan Pasukan Negeri Sembilan. Syabas buat Pasukan Kelantan! Walaupun Kelantan ketinggalan 1 gol 0 pada separuh masa pertama namun Kelantan bangkit pada separuh masa kedua dengan menyamakan kedudukan dan disusuli dengan jaringan cantik lantas terus memenangi perlawanan! Syabas diucapkan kepada Pasukan Kelantan dan penyokong Kelantan yang boleh dikira begitu setia (macam tengok penonton EPL beb!)...
Berita gembira buat penduduk Negeri Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan mengumumkan bahawa esok 31 Oktober 2010 adalah hari cuti peristiwa bagi Negeri Kelantan... Ingat eh Kelantan je...yang duduk Perak ke Papua New Genie tak terlibat okeh!
No comments:
Post a Comment