Showing posts with label Proton Saga FL. Show all posts
Showing posts with label Proton Saga FL. Show all posts
Saturday, August 6, 2011
Thursday, May 26, 2011
PROTON SAGA FL 1.6 DILANCARKAN - RM46,549

Orang ramai kini berpeluang memiliki kereta terlaris di Malaysia, Proton Saga FL dengan kapasiti enjin berkuasa 1.6 liter. Tentunya ianya lebih pick up dari Proton Saga FL 1.3 liter.
Kereta ini didatangkan dengan warna putih, ianya dijual pada harga RM46,549. Hanya RM3,700 lebih tinggi daripada model Saga FL Executive 1.3
Varian itu mempunyai perbezaan daripada segi rim aloi yang baharu, pelekat pada badan kereta dan sedikit pengubahsuaian pada ruang dalaman.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya yakin ia mampu menarik pelanggan terutama sekali dalam kalangan golongan muda.Harganya pun boleh tahan murah, mesti peminat Proton Saga kali ini berasa geram melihat kekuatan enjin dengan kapasiti 1.6 liter ini, saya sendiri geram melihatnya kerana sudah pasti kelajuannya lebih berkuasa dan lebih pick up!
Saturday, May 14, 2011
CONTOH BODYKIT UNTUK PROTON SAGA FL
Nampaknya bodykit untuk kereta keluaran terbaru Proton iaitu Saga FL (Facelifted) sudah berada di pasaran. Tapi ni kami hanya dapat sikit je gambar bodykit ni, lokasi jualan di Selangor. Anda bolehlah mencari / survey kedai-kedai aksesori kereta berdekatan. Rasanya di Melaka pun dah ada, lagipun di Melaka mereka memang ambil stok dari Selangor.Friday, April 15, 2011
PROTON SAGA FL MODIFIED CAPTURED!
Labels:
Cars,
Local News,
Modified,
Proton,
Proton Saga FL,
Saga
Sunday, March 6, 2011
TEST DRIVE PROTON SAGA FL BARU
Apa khabar semua, dah lama aku tak update blog ni so hari ni nak update lah setelah aku selesai membuat sesi pandu uji Proton Saga FL baru milik bapaku sendiri, hehehehe... Dari segi handling memang mantap jika dibandingkan dengan kereta lain yang sama CC dengannya. Pendek kata kalau pandu kereta ni lebih kurang sama macam pandu Proton Saga BLM. Yang aku nak puji adalah ciri-ciri aksesori yang ditambah termasuk bumper belakang, memang dah cukup cantik manakala rekaan untuk lampu hadapan memang nampak lebih moden.Untuk aksesori dalaman pula, butang kawalan yang terdapat pada stereng memudahkan lagi untuk kita mengawal sistem audio. Manakala butang kawalan ditambah untuk mengawal cermin belakang. Pendek kata Proton Saga FL ni penuh ciri-ciri kemewahan namun harganya masih lagi murah dan berpatutan.
Saturday, February 26, 2011
PROTON SAGA FL MODIFIED
Hari ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung ProtonClub gambar sebuah kereta Proton Saga FL (Facelift) yang telah diubahsuai tetapi ianya hanyalah melalui lakaran artis sahaja. Belum lagi saya temui pemilik Proton Saga FL ini yang mengubahsuai kereta mereka, jika ada nanti saya akan upload untuk tatapan anda semua.
Saturday, January 1, 2011
PROTON SAGA FL PRODUCT VIDEO
Iklan produk kereta Proton Saga FL ~
Labels:
Facelift,
Kereta,
Local News,
Proton Saga FL,
VIDEO,
youtube
Friday, December 17, 2010
PROTON SAGA FL DILANCARKAN DI MALAYSIA!



Akhirnya Proton Saga FL atau Facelift telah berjaya dilancarkan di Malaysia. Dengan harga yang masih rendah (cuma beza dalam RM1000 ke RM1200 dengan Saga BLM Biasa), anda sudah mampu memiliki kereta ini. Ianya diterapkan dengan ciri yang lebih sporty untuk menarik golongan muda berumur di antara 25 hingga 35 tahun. Rekaan terbaru yang diadaptasi pada kereta Saga FL ini ialah bumper hadapan yang mendapat sentuhan moden, radio dengan sistem USB, sistem kawalan di stereng (sama seperti Satria Neo) dan automatic window control dibahagian depan serta belakang. Bagi yang berminat untuk mengetahui harga pasaran kereta Proton Saga FL ini boleh lihat jadual dibawah.Proton Saga FL Market Value 2010/2011:
1.3 Standard M/T - RM37,998
1.3 Standard A/T - RM40,998
1.3 Executive M/T - RM40,698
1.3 Executive A/T - RM43,298
1.3 Standard A/T - RM40,998
1.3 Executive M/T - RM40,698
1.3 Executive A/T - RM43,298
Subscribe to:
Posts (Atom)

