Salam dan Selamat Petang semua.. Hari ni aku nak share satu artikel yang sangat menarik untuk kita kongsikan bersama. Artikel ni mengenai satu pertandingan kereta (bukan race okay!) yang dibuat oleh industri automotive dunia termasuk Proton, Toyota, Volkswagen, Honda dan lain2 jenama dalam inudstri automotive ini. Dipetik dari blog Che Det, korang bacalah sendiri artikel dibawah ini....
1. Pada 6hb November kereta Proton Exora telah menang pertandingan kereta zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom). Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.
2. Hampir semua syarikat-syarikat otomobil di dunia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan kereta elektrik dan hybrid ciptaan mereka untuk masa depan (future). Kereta-kereta ini dikehendaki berjalan dari Brighton ke London, perjalanan sejauh lebih kurang 60 batu (miles).
3. Diantara jenama yang terkenal yang mengambil bahagian ialah Toyota (Jepun), Volkswagen (Jerman) dan General Motors (Amerika Syarikat). Ada yang mengambil bahagian dengan kereta yang sudah dipasarkan dan ada yang belum dipasarkan.
4. Proton menyertai dengan sebuah kereta Exora untuk pertandingan ini yang menggunakan sistem yang, selain daripada amat kurang mencemarkan udara tetapi juga menggunakan bahan bakar petrol yang amat sedikit.
5. Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak disel.
6. Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.
7. Keputusan pertandingan ini jelas menunjukkan yang teknologi Proton jauh lebih baik daripada teknologi lain-lain jenama.
8. Sementara itu Proton Saga elektrik juga mendapat kemenangan tetapi syarikat-syarikat lain membuat protes. Pihak Proton telah membantah terhadap protes ini.
9. Selain daripada kurang mencemar udara dan jarak perjalanan bagi satu gelen petrol kereta Exora dan Saga mampu memuatkan jumlah penumpang sepenuhnya dan bootnya (tempat simpanan barang) juga mempunyai kapasiti biasa. Hampir semua kereta lain terpaksa menggunakan boot dan tempat duduk belakang untuk bateri.
10. Kejayaan Proton dalam pertandingan ini membuktikan kemampuannya bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dunia dalam teknologi elektrik, extended range electric dan hybrid.
11. Proton sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan Saga Elektrik dan Exora Extended Range untuk pasaran dunia. Buat kali pertama Proton mempunyai harapan untuk bersaing dalam pasaran kereta bermotor di seluruh dunia.
Showing posts with label Hibrid. Show all posts
Showing posts with label Hibrid. Show all posts
Sunday, November 14, 2010
Thursday, November 4, 2010
KERETA HIBRID PROTON RM100,000 KE BAWAH?

Sumber yang aku tengok dalam paper hari ni mengatakan bahawa harga kereta berteknologi hibrid dari Proton dijangka bawah RM100,000. Boleh baca news kat bawah ni okay.PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd meninjau untuk menawarkan kereta hibrid pertamanya pada harga kompetitif di bawah RM100,000, kata Penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.
Dijangka dilancarkan secara komersial tahun depan, Proton dikatakan membangunkan enjin hibrid serta enjin elektrik dengan syarikat British Frazer-Nash Research, LG dari Korea Selatan dan anak syarikatnya yang berpangkalan di Britain Lotus.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pembangunan kereta hibrid adalah sebahagian daripada inisiatif Proton untuk beralih kepada teknologi hijau.
“Kami kini menghentikan reka bentuk dan dalam proses menambah baik prestasi kereta. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta edisi ulang tahun ke-25 Proton kepada sembilan pembeli pertama di sini.
“Harga kereta hibrid akan tinggi sedikit berbanding kereta biasa kerana bateri amat mahal. Bagi pengeluar kereta terkenal, kereta hibrid, akan tiga kali lebih tinggi daripada kereta biasa. Kereta kita, saya rasa di bawah RM100,000,” katanya.
Beliau berkata Proton akan menampilkan tiga kereta hibridnya untuk penyertaan perlumbaan di Britain pada 6 November ini. Sementara itu, Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat akan menguji kira-kira 50 kenderaan hibrid untuk kegunaan kerajaan sebelum pelancaran pengeluaran secara besar-besaran. Sebelum itu beliau berkata syarikat mengeluarkan Exora versi hibrid di Britain bagi tujuan ujian dan penyelidikan. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)