Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Monday, December 17, 2012

KERETA IMPORT JUGA 'LEMAU'


Pelik tapi benar! Ajaib bagaimana bahagian penyambung antara roda bahagian belakang boleh berputar dan tercabut seperti dalam gambar diatas?

Inilah hakikatnya tak semua kereta buatan luar negara baik dan utuh seperti yang selalu diperkatakan oleh sebilangan pengguna. Pendek kata tak semua kereta buatan luar negara itu bagus dan tidak semestinya kereta buatan nasional itu tidak bagus.

Bagi saya pengalaman yang membezakan mereka. Mungkin telah sekian lama mencebur diri dalam bidang permotoran membuatkan mereka lebih maju dari kita. Siapa tahu suatu hari nanti produk keluaran tempatan juga akan mampu bersaing dengan produk buatan luar negara.

Saturday, October 8, 2011

LAMBORGHINI GALLARDO PUN BOLEH TERBAKAR?

Sebelum ini kita selalu mengutuk kereta tempatan selalu mengalami masalah tiba-tiba terbakar, siapa cakap kereta tempatan sahaja yang senang terbakar? Kereta mewah juga boleh terbakar. Pendek kata, yang buat kereta ini pun manusia juga yang tidak lari dari kealpaan dan kelalaian. Anda beli kereta baru, belum tentu lagi semua yang anda dapat adalah PERFECT!

Menurut pemilik kereta mewah ini, sewaktu memandu dia melihat asap tiba-tiba keluar dari bahagian belakang kereta dan dia terus menghentikan keretanya lalu keluar dari situ. Apabila sepasukan anggota Bomba tiba, api sudahpun marak dan bagai mengila menjilat seluruh tubuh kenderaan mewah terbabit. Hancur berkecai perasaan pemilik kereta ini dan beliau tidak mahu ditemuramah. Kejadian berlaku di Malaysia.

Cuba anda bayangkan harga kereta ini dengan cukai yang dikenakan kerajaan, pastinya menjerut leher anda jika anda bukan seorang yang mampu. Di Malaysia, harga untuk sebuah kereta Lamborghini Gallardo bernilai
RM1,637,000.00 !!! Pastinya pemilik kereta mewah ini yang seorang ahli perniagaan terkemuka juga di negara kita ini.

Tuesday, April 12, 2011

THE F1 RACER CRUSHED IN MALAYSIA CIRCUIT 2011



Let's watch the video together on the record as a successful second F1 driver Vitaly Petrov accidents in Formula 1 Malaysia 2011

Friday, October 8, 2010

PROTON EXORA VS. TOYOTA AVANZA

Salam 1Malaysia all... Salam Melaka Maju 2010. Hari ni aku nak story pasal kekuatan kereta buatan nasional, ramai cakap kereta keluaran PROTON ni semuanya mcm tin2 milo kat kedai runcit sana. Hakikatnya PROTON masih mengamalkan konsep ketahan fizikal untuk tujuan keselamatan. Mengurangkan momentum dentuman untuk mengurangkan kecederaan. Apa yang dapat kita lihat dalam gambar diatas ialah kemalangan diantara Toyota Avanza dan Proton Exora di mana kelihatan Toyota Avanza lebih banyak kerosakkannya berbanding Proton Exora. Ini adalah kemalangan depan bertemu depan dimana kekuatan hentaman lebih pada bahagian hadapan. Kita patut kikis fikiran negatif mengatakan kereta2 keluaran nasional adalah kereta2 tin milo.... Sekian, support barangan tempatan!