Friday, April 1, 2011

PETROL RON 97 NAIK LAGI 20 SEN - RM 2.70

Adakah ianya berita baik jika saya bercakap mengenai kenaikan harga petrol? Pasti semua orang akan mengeluh dan paling hebat pun mencaci. Tapi apakan daya, ianya kenyataan. Yang hairan kenapa negara yang mengeluarkan minyak masih menjual minyak dengan harga yang tinggi? Saya ambil contoh negara kita kaya dengan durian, di Jepun tiada durian. Jadi harga durian di Jepun lebih mahal jika dibandingkan dengan di Malaysia dan begitulah sebaliknya dengan harga petrol.

Saya tidak mahu fikir panjang lebar kerana anda sendiri pun sudah maklum mengenai perkara ini. Cuma saya nak bagitahu bahawa harga petrol RON 97 akan dinaikkan sebanyak 20 sen menjadikan harganya sekarang sebanyak RM 2.70 seliter. Hampir sama seperti zaman Pak Lah dahulu. Manakala harga petrol bagi RON 95 pula dikekalkan buat sementara ini.

Sekian sahaja berita 'baik' dari ProtonClub, terima kasih. Cheers....~

No comments:

Post a Comment